Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 September 2011

Jawapan Padat Lagi Lengkap Kickdefella Isu Video Hitam Putih Anwar - Mesti Baca

Dala entri terbaru Kickdefella di blog beliau ( http://kickdefella.wordpress.com/ ) ditulis penjelasan panjang lebar  tentang punca rakaman video Anwar Ibrahim menjadi hitam putih.


Ini kerana pembangkang dan blogger mereka telah cuba menafikannya dengan menimbulkan isu warna baju berbeza pada video tersebut. Memandangkan mereka cuba putar belit isu ini walaupun boleh mengkajinya lebih teliti atau memang sudah mengkaji tetapi tidak mahu rakyat sedari perkara ini maka Kickdefella telah 'kick' mereka dengan artikel hangatnya seperti disalin di bawah ini.


Dalam mukaddimah tulisan beliau ditulis bahawa imej hitam putih adalah imej selalu kita lihat dalam imej video pesawat pengebom Amerika. Kickdefella melontarkan persoalan adakah tidak canggih teknologi kamera pesawat udara Amerika lantaran ia terhasil dalam bentuk warna hitam putih ?


Tentu tidak.


Tulisnya lagi dalam menghurai lebih lanjut isu hitam putih video Anwar tersebut : 


Kamera pengintipan atau kamera tinjau ini akan menghasilkan imej hitam putih di dalam mode ‘night vision’. Kamera ini bagaimanapun menghasilkan imej berwarna apabila menerima cahaya yang mencukupi dan akan secara otomatik bertukar ke mode ‘night vision’ sebaik sahaja kekurangan cahaya.
Terdapat dua prinsip asas yang digunakan untuk menghasilkan kamera ‘night vision’. Salah satunya di panggil ‘photomultiplier technology’. Iaitu satu teknologi dimana kamera akan menghasilkan sinaran ‘infrared’ (Infrared Radiation IR) yang akan mengesan sebarang object yang berada dalam ruangpandang sinarannya lalu menterjemahkannya ke dalam imej. Memandangkan tujuannya adalah untuk mengintip atau tinjauan, sudah tentu teknologi ‘infrared’nya bukanlah seperti yang kita lihat pada kamera still konsumer.
Prinsip kedua ialah ialah ‘thermal imaging’ di mana bahang yang dihasilkan dari suhu badan sesebuah objek digunakan untuk diterjemahkan ke dalam imej. Teknologi ini dipanggil ‘Thermography’.
Di dalam kes ini, lebih gelap sekitaran dan lebih tinggi suhu bahang objek itu, lebih jelaslah imej yang terhasil dalam hitam putih yang sudah pasti berkontras tinggi.
Kamera pengintipan ‘Thermography’ adalah amat popular kerana ia tidak memerlukan keterangan cahaya langsung, ia hanya memerlukan radiasi bahang dari tubuh objek. Ia digunakan untuk menghasilkan imej dalam gelap gelita.
Bagaimanapun, bagi kamera menggunakan teknologi ‘Photomultiplier’ ia memerlukan cahaya ambien/sekitaran yang minimum untuk menghasilkan imej yang memuaskan.
Kamera Night Vision yang menghasilkan IR akan menghasilkan imej hitam putih atau ‘monochromatic image’ ini kerana radiasi bahang itu adalah diluar dari spektrum warna yang visible lantas imejnya tidak di dalam warna. Bagaimanapun, kejelasannya dan kontrasnya adalah sebaik imej yang terhasil dalam warna. Bagaimanapun, jarak ruang pandang kamera ini tertakluk kepada sinar infrared yang dihasilkan oleh LED nya. Kamera pengintipan atau tinjau premium selalunya  mempunyai jarak efektif sejauh 150 kaki.
Tamat.

Jika anda tidak percaya boleh lihat video bagaimana situasi ketika ada cahaya dan selepas cahaya lampu dipadamkan dalam video di bawah.


Kepada pembangkang bersikap bijaklah di dalam hal ini dan jangan mencuba untuk menipu rakyat di zaman dunia tanpa sempadan hari ini.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate