Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 September 2011

Gempar : Unifi Memang Lagi Hebat Dari Astro !!!

Hari ini hari kedua Panglima sudah mula menggunakan Unifi Telekom Malaysia. Semalam wakil TM datang memasang konfigurasi Unifi dan dengan serta merta ia boleh digunakan tanpa sebarang gangguan dan masalah.


Dengan kadar kelajuan 5 MB maka ia sudah lebih dari cukup untuk mengemaskini blog,twitter dan facebook selain untuk menonton youtube terbaru dan memuat naik youtube. Bajet tak ada jadi kena ambil pakej paling murah.

Caj untuk 5MB ialah RM149 sebulan. Sehingga kini sudah 150,000 pengguna Unifi dicatatkan sejak mula dilancar oleh Telekom Malaysia lebih setahun yang lalu.



Maklumat lanjut tentang pakej Unifi boleh anda klik di sini :

http://www.unifi.my/unifi/ 


Petang ini hujan lebat sehingga membocori rumah Panglima, tidak sedikitpun mengganggu siaran televisyen. Berbanding Astro, Unifi lebih bagus lagi kerana siaran tetap terang tanpa terjejas walau setitikpun. 


Kelebihan lain, berbagai game disediakan dan juga anda boleh mengakses Youtube dan Facebook menggunakan Unifi. Selain itu berbagai interaktif lain turut disediakan dan sudah pasti dari semasa ke semasa berbagai lagi program akan dilancarkan untuk pengguna Unifi.


Ini bermakna jutaan filem samada HD atau bukan yang dimuatnaik di Youtube, boleh diakses dengan menggunakan perkhidmatan Unifi Telekom Malaysia ini.


Sekarang sudah sampai masa kita bertukar kepada Unifi dan menyelamatkan diri dari caj berganda Astro yang sudah tidak berapa 'ria' sekarang ini.


Sekarang masa untuk kita belajar mendengar ceramah agama di Youtube seperti Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Kazim Elias (sebagai contoh) melalui Unifi.


Jika mahu mendengar kalam Ulama antarabangsa boleh saksikan video Habib Umar ra di bawah :





dan artikel tentang beliau di sini :


http://pondokhabib.wordpress.com/2011/09/02/tausiyyah-guru-mulia-al-habib-umar-jalinlah-ikatan-suci-dengan-kaum-sholihin/

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih.










2 ulasan:

Anak Lenggong berkata...

Unifi sekarang dah ada 41 saluran cuma yang masalahnya saluran sukan bolasepak kebanyakan nya telah menandatangani dengan Astro..so Tm tak boleh nak kacau sehingga kontrak yang termenteri tu tamat..

Unifi terbahagi kepada pakej:-
1. Voice (telepon) call daripada fixed lines tm ke fixed lines tm free.
2. Data (Internet)
3. IPTV (IP protokol TV)

Pakej ditawar serendah 4MB sehingga 10MB..laju gila wooo..masalah gangunan siaran masa hujan tiada sebab dia guna line phones kekal fiber optik ..so takde masalah gangguan...tapi Unifi beru dilancarkan tahun ni maseh banyak kawasan belum beroperasi ..kawasan operasi maseh tertumpu dikawasan lembah klang...penang dan johor..sebab sebelum unifi dilancarkan pihak TM kena tukar dulu kabel (copper) dikawasan tersebut kepada talian HSBB (High Speed Broadband) iaitu optik cabel..so kena tungguuuu

C L J berkata...

Dah masuk dah. Selepas sebulan menunggu giliran untuk pemasangan.

Dan BB pun dah batal dah. Padan muka lembab sangat.

Cari Blog Ini

Translate