Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 September 2011

Gempar : Musang Berbulu Ayam Dalam Kerajaan Mahu Musnahkan PM?

Dada Panglima berdebar kencang apabila membaca ada musang berbulu ayam dalam badan badan strategik tulisan Zaini Hassan dalam Utusan Malaysia semalam.

Semalam juga ada twitter menulis tajuk yang sama namun Panglima gagal membacanya kerana terlupa. Namun kesempatan mencari kembali maklumat tersebut petang ini menggusarkan hati Panglima.

Sebelum ini ada juga gosip liar seumpamanya berlegar tetapi panglima tidak mahu mengambil endah takut ia tidak benar dan bersifat fitnah semata-mata.

Sungguh kita tidak menyangka jika benar ada elemen musang berbulu ayam ini maka tidak mustahil banyak rahsia sulit PM sudah ada dalam tangan mereka.

Harapan panglima agar tulisan Zaini di bawah ini tidak benar. Tetapi apa akan jadi jika ia benar-benar berlaku seperti tulisan beliau dan tidak disedari oleh PM mahupun SB?

Harap ada siasatan lanjut untuk menghalang perkara ini dari terus menjadi api dalam sekam selepas berjaya menjadi musang berbulu ayam.

Baca tulisan beliau di bawah dan tolong beritahu ia tidak berlaku atau kita dalam bahaya akibat manusia talam dua muka.


Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategik kerajaan?

Oleh Zaini Hassan


APABILA saya diberitahu mengenai maklumat ini saya tidak tahu di mana hendak bermula. Apakah benar maklumat yang saya terima ini?

Jika benar apakah wajar saya dedahkan? Jika saya dedahkan apakah implikasinya? Namun saya tetap berdoa agar maklumat ini salah.

Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku.

Tapi sebagai penulis, itulah risiko yang harus dihadapi.

Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya.

Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.

Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata.

Jika benar, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya. Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa.

Sama ada ia berlaku secara kebetulan atau satu plot terancang tidak pula saya tahu. Jika benar, ternyatalah sistem imunisasi kerajaan ini lemah sehingga gagal untuk menentang elemen-elemen itu.

Seperti yang saya kata tadi, jika saya salah, maka saya bersyukur kerana ia tidak berlaku. Tetapi jika ia berlaku, maka sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan.

Dalam konteks kerajaan Malaysia kini, adalah sesuatu yang lazim dan biasa jika ada penjawatnya yang bersimpati dengan pihak-pihak musuh atau yang bertentangan dengan dasar yang dijunjung oleh organisasi itu. Malah ada juga kakitangan kerajaan yang secara terang-terangan menentang kerajaan atau bersikap anti kerajaan.

Bagi saya, itu masih lagi boleh diterima, tapi macam mana pula jika orang-orang yang berada di dalam sesebuah organisasi itu menjadi operator dan penggerak kepada musuh itu? Jika benar berlaku, maka ia adalah sesuatu yang luar biasa dan amat mendukacitakan.

Dalam peperangan saraf di Malaysia sekarang, tidak mustahil operator itu wujud, lagipun Anwar Ibrahim bukan calang-calang orang untuk menempatkan mereka di situ. Orang-orangnya masih ada dalam sistem, terutamanya di peringkat atasan.

Mungkin juga masih berlaku infiltrasi atau penyusupan masuk orang-orang ini untuk menjadi musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, bagai menggunting dalam lipatan?

Ternyata bahasa Melayu cukup agung untuk menggambarkan apa yang cuba disampaikan di sini. Sekali lagi saya mahu nyatakan benarkah wujud elemen-elemen itu? Saya berharap ia tidak berlaku.

Apa akan terjadi sekiranya benar? Apakah langkah yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa jika ia benar-benar berlaku?

Apakah kita sedar bahawa ada antara badan strategik itu kini tiba-tiba menjadi tidak bermaya setelah ‘kehadiran’ elemen-elemen itu?

Maklumat itu memberitahu: ‘‘Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri.”

Kata maklumat itu lagi: ‘‘Inilah kemenangan Anwar Ibrahim yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang-orang Anwar secara perlahan. Permohonan membawa masuk pegawai baru masih di peringkat JPA dan SPA.”

Saya tidak mahu menulis panjang lebar mengenai hal ini. Biarlah pihak berkenaan akhirnya sedar mengenai fenomena ini. Biarlah mereka yang mengambil tindakan, itupun jika mereka mampu melakukannya.

Elemen-elemen yang ada itu, jika benar, harus dihapuskan. Mereka harus dibersihkan daripada sistem kerajaan semasa, dalam sistem strategik negara dan politik.

Menurut maklumat itu lagi: ‘‘Bagi kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri menerima nasib seburuk Gaddafi. Sekuat Gaddafi pun akhirnya dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!''

Sebagai contohnya, kata maklumat itu lagi: ‘‘...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?

Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''

Buat sementara ini, biar saya berhenti di sini dulu.

Sumber : www.utusan.com.my/ 

Published with Blogger-droid v1.7.4




1 ulasan:

Mohd Zairi berkata...

Panglima, bukan menjadi rahsia lagi ramai orang Anwar ada dalam kerajaan. dulu bila dia dipecat, bukan semua letak jawatan. yang tak letak jawatan itulah kini naik menjadi pegawai kanan dan membawa masuk kader2 mereka yang baru. tetapi, kita jangan underestimate najib. najib dan anwar dari dulu seteru. saya percaya, 10 maklumat najib bocor kepada anwar, beratus-ratus maklumat anwar bocor kepada najib. daripada dipecat mereka itu, lebih baik dipergunakan, sama ada secara langsung atau tidak. cuma mungkin di angensi2 starategik itu, najib perlu lebih berhati2. takut2 tak terkawal lagi, kelak tumbang sebelum pru lagi.

Cari Blog Ini

Translate