Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 Ogos 2011

Perdana Menteri Selamat Jalani Pembedahan Lutut Di HKL

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selamat menjalani pembedahan lutut kirinya, yang cedera akibat bersukan, melalui pembedahan arthoscopic di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pembedahan dilakukan secara minimum dengan memasukkan peralatan skop untuk melihat kerosakan lututnya, dan menerusi skop tersebut, alat pembedahan digunakan untuk membaiki kecederaan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi.

Pembedahan berjalan dengan baik dan hanya mengambil masa selama 45 minit, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Para doktor yang bertanggungjawab puas hati dengan hasil pembedahan tersebut," katanya.

Dr Hasan berkata Perdana Menteri telah dinasihatkan supaya berehat di hospital sehingga Rabu ini, dan beliau dijangka boleh memulakan semula tugas pada minggu hadapan.
- BERNAMA

Sumber :

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/8/2/mstar_berita/20110801223457&sec=mstar_berita

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

PM kita sayangi akhirnya akan kembali bekerja minggu depan.

Moga Allah akan sentiasa memberi kekuatan kepada beliau untuk memimpin negara kita ke mercu kejayaan.
Published with Blogger-droid v1.7.3

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate