Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Ogos 2011

Penipuan Malaysiakini Isu Status Mismah Burukkan SPR Digagalkan Blogger YY !!!







Kecoh pasal si Mismah yang kononnya diberikan warganegara dalam masa 4 jam. Selepas dapat status warganegara, Mismah yang pada awalnya memilik IC Merah (PR) dikatakan sudah didaftarkan sebagai pengundi. 

Malaysiakini menyebut Mismah merupakan pengundi berdaftar yang baru. Bermakna Malaysiakini menggambarkan bahawa Mismah telah pun bergelar pengundi yang sah!

Semakan saya melalui semakan secara talian melalui laman web SPR mengeluarkan hasil berikut :


Semakan saya mendapati status Mismah yang memiliki kad pengenalan bernombor 670704-71-5238 adalah 'PERMOHONAN YANG SEDANG DIPROSES".

Ini bermakna mengikut rekod SPR Mismah bukanlah pengundi berdaftar sebagaimana digambarkan oleh Malaysiakini. 

Saya tidak berpuas hati di situ, saya membuat semakan kedua melalui SISTEM SEMAKAN PEMILIH BAGI ISI RUMAH. 

Rekod Mismah yang dikatakan Malaysiakini telah berdaftar sebagai pemilih menunjukkan bahawa rekod berkenaan  'TIADA DALAM DAFTAR PEMILIH' .


Ini bermakna laporan Malaysiakini yang mengatakan bahawa individu bernama Mismah ini telah pun sah menjadi pengundi merupakan satu pembohongan jahat dan bersifat menyerang SPR bertujuan untuk menguatkan sokongan rakyat kepada kempen Bersih 2.0 yang digerakkan mereka.

Semakan pertama menunjukkan pendaftaran pemilih di bawah nama Mismah dikatakan 'DALAM PROSES' bagi saya tiada salahnya jika benar Mismah telah pun menerima  status warganegara dan itu menjadi hak dia untuk berdaftar sebagai pemilih.

Cuma persoalan yang perlu dijawab oleh JPN adalah, benarkah Mismah menerima status warganegara dalam masa 4 jam sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini.

Mengikut undang-undang biasanya proses memohon status kewarganegaraan biasanya memakan masa 6 bulan atau lebih.

Malaysiakini kata Mismah pengundi berdaftar yang sah mengikut rekod SPR tidak benar!!

Malaysiakini juga tidak jujur dalam melaporkan berita mereka kerana permohonan warganegara ada beberapa jenis permohonan yang mana masa pemprosesan sesuatu kelulusan adalah berbeza :


BIL.JENIS PERMOHONANTEMPOH PERMOHONAN DIPROSES
1.

 Permohonan Lengkap Pengesahan Taraf Warganegara
Permohonan Pengesahan Taraf Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya
6 bulan
2.






Permohonan Warganegara
Permohonan untuk menjadi Warganegara Malaysia diproses dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat sebelum dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri untuk keputusan.
Nota:
Tempoh 12 bulan tidak termasuk kes-kes yang perlu dirujuk kepada agensi-agensi lain dan tempoh untuk mendapat keputusan dari Kementerian Dalam Negeri serta proses pengeluaran Sijil.
12 bulan
3.

Permohonan Lengkap Pelepashakan Kewarganegaraan
a) Permohonan Pendaftaran Akuan Pelepasan Kewarganegaraan yang diterima di kaunter Ibu Pejabat JPN Putrajaya, diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
14 hari bekerja
b) Permohonan Pelepasan / Penolakan Kewarganegaraan yang diterima di Konsul di luar Negeri dan JPN Ibu Negeri diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya
30 hari bekerja
4.

Gantian Sijil Warganegara
Permohonan gantian Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
14 hari bekerja
5.

Cabutan Sijil Warganegara
Permohonan cabutan Sijil Warganegera diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
5 hari bekerja
6.

Carian Sijil Warganegara
Permohonan keputusan carian Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
7 hari bekerja
7.

Salinan Sah Sijil Warganegara
Permohonan salinan sah Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
3 hari bekerja
8.

Pindaan Butiran Sijil Warganegara
Permohonan pindaan butiran Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
14 hari bekerja
9.

Cabutan Sijil W (Kelahiran Luar Negara)
Permohonan cabutan Sijil W bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara diproses dan diselesaikan dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
1 hari bekerja


Melalui carta di atas permohonan yang bagaimana agaknya dimohon oleh Mismah?

JPN tunggu apa lagi, korek la rekod kamu. Segala fail, borang dan sebagainya yang melibatkan Mismah dedahkan kepada umum.

Jangan biarkan Malaysiakini meneruskan agenda jahat mereka!


YY : Hairan Mismah ni tidak disertakan sekali status bin, binti atau a/k, a/l, a/p?





Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MISMAH ?
The whole thing looks like a programming process. I mean, im a programmer and a database engineer. If im in the process of building or setting up a database, i would constantly be performing data run-up for testing and all .. and the data run would be some mockup data.... and for me right now, this MISMAH name looks very much like a data mockup for test and programming intent. I usually use names like VALERIA or KYLIE or AMINAH .....

Tanpa Nama berkata...

bro baca ni.... hahahhaa

http://amenoworld.blogspot.com/2011/08/penipuan-yy-isu-status-mismah-bersihkan.html

nak lawan ko pnye entry.... itu je

Tanpa Nama berkata...

bhai, ko ketinggalan la isu ni. ia bukan bermula di malaysiakini. adoyai.. ko tembak serong bhai..

http://amenoworld.blogspot.com/2011/08/penipuan-yy-isu-status-mismah-bersihkan.html

Tanpa Nama berkata...

http://amenoworld.blogspot.com/2011/08/penipuan-yy-isu-status-mismah-bersihkan.html

Tanpa Nama berkata...

HA HA ...BARU PEGANG KOMPUTER DAH TUNJUK PANDAI PLAK. ENTAH2 SIJIL 'PENYERTAAN BELAJAR' JER BARU...

DIA ORANG SIASAT BUKAN MACAM TU LAAA !. KALAU CARA KAU ORANG TU BUDAH SEK RENDAH PUN TAU !

tintamuda berkata...

citer basi der.. ketinggalan zaman ko nie rupanya.. der.. orang dah xciter pasal mismah dh.. memalukan la ko nie.. tolong tulis isu semasa daripada merepek isu yang dah basi.. klu nak tambah ilmu..tgk citer tamil kat tV2..pastu tiru camner org JAHAT dalam citer tue.. xder la nampak ko BODoH & KUnO sgt..

nway..nasihat untuk kebaikan ko gak..

Cari Blog Ini

Translate