Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Ogos 2011

Kemaskini : Isu TNC Unisel Letak Jawatan - Bukti Pakatan Rosak Pemerintah Kuku Besi & Zalim Terhadap Rakyat !!!



Naib Canselor Unisel Letak Jawatan Akibat Tekanan Politik

SHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr Rosti Saruwono sah meletak jawatannya berkuat kuasa Rabu dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran kerajaan negeri.
Difahamkan tindakan tersebut dilakukan sebagai 'membantah' berhubung tindakan terhadap tiga pegawai Unisel yang diarahkan dilucut jawatan.
Dr Rosti berkata beliau tidak sanggup melaksanakan arahan berkenaan kerana ia tidak bersebab dan tanpa mematuhi proses yang betul.
``Sah saya letak jawatan berkuatkuasa 3 Ogos. Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa,'' katanya di sini Isnin.
Dr Rosti yang berasal dari Klang, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009.
Keputusan Dr Rosti melepaskan jawatannya sebagai `membantah' keputusan pelucutan tiga orang pegawai yang dicadangkan dalam satu rumusan memorandum yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri.
Memorandum itu disediakan dan ditandatangani oleh empat pegawai tertinggi lain di Unisel pada 16 Mei lalu terhadap tiga pegawai Unisel atas tuduhan tertentu yang dipercayai membabitkan salah tadbir urus universiti itu.
Tuduhan yang disertakan dalam memorandum berkenaan turut melibatkan Dr Rosti yang turut dicadangkan meletak jawatan dan digantikan serta-merta.
Bagaimanapun, dikatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengeluarkan arahan kepada Naib Canselor untuk memecat tiga pegawai berkenaan.
Namun, keputusan Abdul Khalid itu tidak diterima oleh Dr Rosti atas alasan tidak mengikut tatacara perundangan dan tatatertib Unisel.





Panglima : Keberanian NC Unisel wajar dipuji. Keteguhan iman beliau dari bersubahat dengan kezaliman terbukti apabil sanggup hilang jawatan dan gaji demi kebenaran yang dipertahankannya.

Maka rakyat perlu melihat bagaimana seorang ahli akademi sanggup mengenepikan kesenangan hawa nafsunya demi mengelak kezaliman berlaku di atas tangannya.

Meskipun kuasa dianugerah Allah tetapi kuasa itu juga telah menghalang beliau dari mengenakan penindasan terhadap rakyat yang tidak bersalah.

Sekali lagi ucapan tahniah dan syabas dan mari kita sebarkan kemungkaran dan kezaliman Pakatan Rosak ini yang semakin melampau selepas satu persatu isu melibatkan rakyat Selangor terbongkar angkara perbuatan mereka sendiri.

Inilah akibat apabila rakyat tersilap mengangkat pemimpin yang berguna angkara propaganda hitam yang mereka mainkan.

Ayuh sama-sama mari kita tolak Pakatan demi pulihkan Kerajaan Selangor pada PRU akan datang !!!


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate