Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Ogos 2011

Blogger Bro Jinggo Dedahkan Penipuan Malaysiakini Dengan Siar Kenyataan Rasmi JPN Isu Mismah !!!

Ini bukan kali pertama Malaysiakini mengeluarkan artikel yang melanggar etika kewartawanan dan sengaja ingin mencetuskan propaganda murahan agar rakyat marah dengan SPR. Sewajarnya wartawan yang bernama Kuek Ser Kuang Keng dikenakan tindakan terhadap tulisan yang salah tersebut. Artikel tersebut harus ditarik balik. TIndakan mahkamah adalah jalan terbaik untuk mengajar Malaysiakini.



Kenyataan Akhbar Oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

Pertimbangan permohonan taraf Warganegara Malaysia tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara-perkara berikut:

Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara
Perkara 16: Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh
Kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)
Perkara 19: Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia
tidak kurang dari 12 tahun.

Sejak 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, YB Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menimbangkan sebanyak 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 29,290 permohonan telah diluluskan.

Angka ini adalah merupakan sebahagian daripada KPI Menteri Dalam Negeri di mana sebanyak 219,000 permohonan telah berjaya diselesaikan termasuk 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia, 31,449 permohonan Penduduk Tetap, 108,906 permohonan Daftar Lewat Kelahiran dan 6,311 permohonan di bawah program My-Daftar.

Berkaitan kes Mismah, dakwaan bahawa beliau menjadi warganegara dalam tempoh 4 jam setelah mendapat taraf Penduduk Tetap (atau PR) adalah tidak benar. Rekod menunjukkan bahawa beliau telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982. Beliau telah diluluskan Taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf Penduduk Tetap Malaysia

Sekian, terima kasih.

Datin Jariah binti Mohd Said
Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
03 Ogos 2011


Baca juga disini: MyKad: Malaysiakini Terus Kantoi, Taraf Kewarganegaraan Empat Jam Tak Benar!

Juga Disini : Spin MyKad Makan Diri Pembangkang, Azmin, Saifuddin & Zuraida Juga Pemilik IC Merah?






Blog Bro Jinggo di sini : http://brojinggo.blogspot.com/2011/08/malaysikini-harus-bertangungjawab.html




Panglima : disyor artikel ini diulang siar setiap 2 jam selama 7 hari berturut-turut demi menguburkan Malaysiakini.


Kita kena ajar cukup-cukup Malaysiakini yang jelas mahu merosakkan nama baik SPR dan menjadikan Pilihanraya Malaysia nampak kotor.


Ini bukan kali pertama tetapi sudah berpuluh kali mereka menipu.


Ingat lagi kes Suhardi ? Pembohongan memang menjadi makanan puak taghut ini.


Kenapa usaha menghitamkan nama SPR dilakukan ???


Pakatan tahu prestasi mereka tidak membanggakan. Maka mereka mahu kekalahan mereka PRU 13 nanti tidak akan dikaitkan dengan prestasi lembab mereka.


Maka mereka berusaha menjadikan SPR sebagai kambing hitam.


Dasar penipu dan perompak yang mahu menjajah Malaysia !!!


Jangan fikir niat mereka akan senang dicapai kerana para pejuang 1Malaysia di alam siber akan setiap masa bersiap siaga mempertahankan tanah air keramat ini dari tangan pendusta dan penoda kedaulatan agama bangsa negara.


Walaupun seribu satu kesusahan melanda hidup kami dalam menjadi blogger pembela bumi pertiwi.




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Datin Jariah kata Mismah telah dapat kerakyatan pada 31/01/2011. Jika kita 'search' JPN tentu akan dipamirkan IC biru ... tak gitu.

Pada Selasa 02/08/11, sy jumpa perkara ini dlm blop PR, sy 'search' JPN dan sy pasti yg dipamerkan adalah IC MERAH.

Pada Rabu 03/08/11, sy 'search' tapi dipamerkan IC biru.

Persoalan sy ... tak JPN ambik masa dari 01/02/11 (sehari selepas pengumuman Menteri) hingga 02/08/11 utk 'update database' ... 6 bulan ?

Atau ... ada org dlm JPN yg berpakat dgn PR ... utk burukkan SPR & JPN ?

Benarlah kata SPR ... ada masalah teknikal pada pihak JPN ... JPN kena jawap segera !!!

Org Cheras

Cari Blog Ini

Translate