Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Julai 2011

Zahid Ulas Perlawanan Bola Sepak Singapura Lawan Malaysia Seperti Kes Liwat Anwar !!!


KUALA LUMPUR  29 Julai – Tahniah pasukan Harimau Malaya…. namun sikap dan tindak tanduk pemain republik Singapura pada perlawanan pusingan kelayakan piala dunia zon asia semalam boleh diibaratkan seperti perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip berkata lakonan demi lakonan oleh para pemain negara jiran semalam seolah-olah hampir sama dengan mutu lakonan yang dipamerkan oleh Datuk Seri Anwar yang menyebabkan prosiding kes liwat terpaksa ditangguhkan beberapa kali.
Menurut beliau rakyat boleh mengambil iktibar daripada perlawanan berkenaan yang mana maruah dan sebagainya adalah nombor dua dalam usaha memastikan hajat dan impian menjadi kenyataan.
“Kalah menang adat perlawanan….namun ketika asyik menonton perlawanan berkenaan dan melihat tingkah laku pemain Singapura yang kerap jatuh dan sebagainya, terfikir pula saya pada masa itu gaya lakonan mereka sebiji macam perangai Anwar.
“Mungkin mereka belajar daripada gaya Anwar yang terkenal sebagai pelakon hebat di arena politik negara ini,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Beliau seterusnya menambah pasukan negara cukup bermaruah apabila meletakkan sepenuhnnya anak-anak tempatan untuk mewakili negara dalam meningkatkan martabat sukan bolasepak di rantau ini.
“Saya tidak mahu memperkecilkan mana-mana pihak tetapi kita lebih berani dalam menghadapi kenyataan. Itu juga adalah iktibar kepada rakyat.
“Apa pun tahniah kepada pasukan negara yang telah berjaya ke peringkat ini dan jadikan kekalahan dengan agregat 6-4 sebagai pembakar semangat untuk kita terus melonjak sebagai pasukan yang digeruni,” katanya. -MediaUMNO

http://umno-online.com/?p=42609


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate