Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Jun 2011

Video Terbaru PM - Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia Dari Pekan - Putrajaya !!!





Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia dari Pekan ke Putrajaya





NAJIB Tun Razak bersalaman dengan sebahagian daripada 110 peserta Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia dari Pekan ke Putrajaya sejauh 342km sejurus tiba di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - BERNAMA


PUTRAJAYA 2 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semangat waja generasi muda seperti yang ditonjolkan peserta Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia menjadi menjadi asas kepada penentu kejayaan serta masa depan negara.

Menurut Perdana Menteri, hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020 perlu dipupuk oleh anak-anak muda hari ini kerana ia adalah cerminan bagi kehidupan akan datang.

''Nilai budaya itu menjadi asas penentu kepada kejayaan serta masa depan negara yang lebih cemerlang, justeru saya melihat ekspedisi berbasikal mencerminkan hasrat generasi muda untuk dijadikan bekalan hidup.

"Jika generasi hari ini lemah longlai, tidak bersemangat dan terjebak dengan masalah sosial seperti dadah dan sebagainya maka rosaklah masa depan negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan peserta Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia yang disertai oleh 110 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah, Pekan di pekarangan Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada mereka kerana memiliki semangat waja sanggup berkayuh sejauh 342 kilometer dari Pekan hingga ke Putrajaya.

Peserta ekspedisi berbasikal yang menempuh perjalanan selama empat hari itu berlepas dari rumah Perdana Menteri di Pekan pada Isnin lalu dan sempat singgah di beberapa lokasi sebelum tiba di Putrajaya.

Dalam pada itu, Najib berharap kesungguhan peserta ekspedisi menjadi cerminan kepada golongan generasi muda untuk terus bersemangat dan menyumbang kepada kejayaan negara.

Sementara itu, seorang peserta yang ditemui, Mohd. Firdaus Mohd. Rosli, 22, berkata, beliau menyertai ekspedisi tersebut secara sukarela untuk mengukur keupayaan diri dan menaikkan semangat rakan yang lain

"Semua peserta memberikan kerjasama dan komitmen yang baik, kami juga tidak menghadapi sebarang masalah untuk ke sini, ini bermakna kami mempunyai tahap kesihatan yang amat baik," kata mahasiswa jurusan Kejuruteraan Mekanikal UMP itu.

Bagi mahasiswa jurusan Kejuruteraan Elektrik, Norsyafiqah Ibrahim, 21, memberitahu, beliau berasa bangga apabila kumpulan ekspedisi yang disertainya itu berjaya tiba di Putrajaya dengan selamat.

"Kami sedaya upaya mengharungi perjalanan yang panjang untuk sampai ke sini bertemu dengan Perdana Menteri yang disanjungi berbekalkan stamina dimiliki," katanya.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate