Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Jun 2011

Pembohongan Hj Hadi Isu Negara Islam Terbongkar !!!

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2011. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih


Tulisan di bawah ini disalin dari blogger xpress minda yang berjaya mengumpulkan tulisan dan link berkaitan negara Islam. Seperti kita tahu PAS sudah 'dikasi' syahwat mereka oleh DAP PKR sehingga tidak lagi menjanjikan negara Islam dalam perjuangan mereka.

Maknanya selama ini slogan negara Islam adalah pembohongan terhormat oleh puak bertopengkan agama demi mendapatkan sedikit kuasa. 

Meskipun menyebabkan hancur lebur perpaduan umat Islam namun puak gelojoh lagi tamak kuasa dan harta dunia ini tetap teguh mempertahankan pandangan mereka berkenaan negara Islam dan menukarkannya apabila sudah tidak lagi merasa perlu diwar-warkan matlamat tersebut.

Baca dan nilaikanlah segala tulisan di bawah agar kita dapat melihat isu negara Islam dari hakikatnya yang sebenar tanpa sebarang prejudis dan bias kepada mana-mana pihak.




Seperti dijanjikan walaupun sedikit terlewat, berikut dipaparkan petikan isi kandungan janji-janji politik Pas dalam Dokumen Negara Islam Pas (DNI) yg dilancarkan oleh Hadi Awang & Haron Din pada 12 November 2003.
“Membangun Bersama Islam” akan digarap dan dihayati untuk membina negara Islam. Islam penyelesai kepada semua masalah termasuk masalah dalam masyarakat majmuk. Penghayatan Syura Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dapat disuburkan melalui pemerintahan Islam. Negara Islam menjamin kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup. Negara makmur dan mendapat keredhaan Allah swt” – Dokumen Negara islam oleh Pas, 2003 / Cetakan pertama Oktober 2003 / Perlancaran rasmi 12 November 2003.
Sambil tu, meh kita baca pula sedikit kata-kata aluan Hj Hadi sewaktu melancarkan Dokumen Negara Islam ketika itu.
“Dengan terbitnya dokumen ini akan terjawablah segala tohmahan dan fitnah yang ditaburkan oleh musuh-musuh PAS kononnya
PAS tidak akan menubuhkan Negara Islam malah pernah dikatakan bahawa seluruh ahli-ahli PAS tidak pernah berniat sedikitpun untuk menubuhkan Negara Islam di Malaysia”.

“Sesungguhnya kewajiban menegakkan Negara Islam adalah sama penting dengan kewajiban melaksanakan ibadat-ibadat wajib yang lain berpandukan kepada kaedah fiqh yang makruf”. – Presiden Pas, Hj Hadi Awang / 12 Novemver 2003

Kemudian meh pulak kita bandingkan ucapan tadi dgn kenyataan terbaru Hadi Awang sewaktu Muktamar Pas 2011 yg baru saja habis beberapa hari yg lepas.
“Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan” – Hadi Awang, Presiden Pas.
Kalau pada tahun 2003 dulu Hadi Awang dengan megahnya mengisytiharkan Pas tetap istiqamah untuk menegakkan Negara Islam  sehingga mengangkat perjuangan Pas itu sebagai wajib sepertimana ibadat wajib yg lain, maka kini selepas 8 tahun kenapa tiba-tiba Hadi Awang korner baring mengatakan bahawa Negara Islam itu tidak disebutpun dalam Al-Quran?
Al-Quran pd tahun 2003 dengan Al-Quran tahun 2011 isinya sama je, takde berubah satupun. Yang berubahnya Pas dan Hadi, seumpama sekali air bah sekali pantai berubah.
Dulu misalnya dikendong kehulu hilir duk canang ‘Bersama Kepimpinan Ulamak’ sekarang ‘Pas For All’,… dulu ‘Membangun Bersama Islam’ sekarang dah tukar jadi ‘Negara Kebajikan’.
Alih-alih ulamak entah ke mana, Islam entah ke mana, negara Islam pun tiba-tiba hilang drpd Al-Quran. Karpal Singh jugak yg duk gelak guling-guling tengok telatah buruk Pas yg kemaruk mengejar undi dan kuasa drpd pengundi bukan Islam.
Agaknya betui bagai di kata oleh seorang veteran Pas, Subky Latif dalam salah satu entri di blognya selepas hampir sebulan DNI dilancarkan oleh Hadi Awang. Walaupun tulisannya itu keseluruhannya menyokong DNI Pas itu, tapi salah satu petikan tulisan itu agak tepat kena atas dahi pemimpin Pas terutama Hadi Awang, Nik Aziz dan kepimpinan Erdogan Pas yg lain.
“Mungkin ada antara aktivis PAS tidak mahu bercakap tentang negara Islam, kerana takut tidak akan dapat meraih undi orang bukan Islam. Tetapi dalam keadaan apapun orang bukan Islam tetap percaya bahawa matlamat PAS tidak akan berganjak dari negara Islam sekalipun ada orang PAS takut untuk menyebutnya. Mereka tidak akan percaya PAS akan menggugurkan cita-cita itu” – Subky Latif / Dokumen Negara Islam, Ilmu Yang Wajar Dipelajari / 01 Disember 2003 .

Dek kerana begitu kemaruk mengejar undi dan sokongan pengundi non-muslim demi melampiaskan nafsu serakah pada kuasa duniawi, Pas sanggup bergolok gadai prinsip dan memotong akar tunjang perjuangannya sendiri.
Oklah cukup stakat tu aku mengomel, kat bawah ni aku sertakan satu dua petikan menarik daripada blueprint Dokumen Negara Islam yg dilancarkan oleh Pas dan Hadi awang pada tahun 2003 dulu tu.
Muslim dituntut menyebut dalam solat:
Maksudnya : “Sesungguhnya solatku,
ibadatku, hidup dan matiku kerana Allah
Tuhan sekelian alam.”

Ikrar di atas yang diulangi dalam setiap kali solat, tidak
ada ertinya selagi tuntutan ikrar itu tidak dipenuhi. Bagi
memenuhi tuntutan itu, maka sebuah negara Islam yang
sebenar perlu diwujudkan

Selagi tidak ditegakkan negara Islam, maka ikrar tersebut
tidak dapat dimanifestasikan dalam segenap aspek
kehidupan.

Sistem pemerintahan Islam seperti yang telah digariskan
di atas menjadi pegangan mukmin yang benar imannya
demi menghayati Islam yang tulen.

 - Dokumen Negara islam oleh Pas, 2003 / Cetakan pertama Oktober 2003 / Perlancaran rasmi 12 November 2003 -

Kalau nak download keseluruhan file pdf dokumen yg dah dicampak ke longkan oleh Pas tu,Klik Sini…. Pandai-pandailah korang sebarkan pada pakcik makcik, bebudak poyol yg masih pekat hijau sokong Pas.
Susah ooo nak carik dokumen ni, hampir seharian duk godek internet mujurlah pakcik google punya document masih boleh access cache file pdf ni kalau tak berjanggut la korang tunggu nak tengok dokumen ni drpd pemimpin Pas ataupun penyokong depa, bukan kita tak tahu kalau boleh depa nak kita lupakan menda nih supaya selamatlah depa drpd dipanggil cakap tak serupa bikin, munafik dan penipu.

3 ulasan:

ikrar pemuda berkata...

kupasan terbaik!!!

Mohd berkata...

Baru sekarang ke rakyat terutamanya ahli2 PAS sedar yg PAS menggunakan Agama Islam utk politiknya saja?
Agaknya orang Melayu ni memang bodoh sangat.
Tak hairanlah nanti kaum Cina DAPig akan memerintah The Republic of Malaysia sedikit masa lagi.
Tunggu dan lihat .............

Abu Idris berkata...

Ar Rayah World News
http://www.arrayah.info/
Berita Terkini Kebangkitan Negara Islam Global - Khilafah Islamiyah

Cari Blog Ini

Translate