Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Jun 2011

Lim Kit Siang Promosi Blog Panglima - Alasan Elak Cina Mandi 'Water-Canon' ???



Pagi ini ketika membelek carian google tentang topik yang dihebohkan Malaysian-Insider dan Malaysia-Today bertajuk Blogger warns Chinese away from Bersih " Panglima terjumpa blog Lim Kit Siang menyiarkan artikel yang sama. Tidak sangka kesungguhan Panglima mengajak Melayu Cina India jangan sertai BERSIH demi masa depan anak cucu kita - turut dipromosi oleh beliau.


Pada fikiran Panglima seusai membacanya terlintas dua perkara yang dapat dibuat analisa iaitu 


1) Kegusaran LIM KIT SIANG jika bangsa Melayu mula bangkit dan menentang BERSIH selepas mendapati hanya mereka sahaja yang digunakan untuk berpesta mandi 'water-canon'... 


2) Cina juga sedar mereka tidak menjayakan BERSIH kali pertama dan kali ini juga mereka perlu mencari alasan untuk mengelakkan perhimpunan haram tersebut.


Pemikiran Melayu berbeza dengan Cina di mana Melayu lebih berani di dalam memperjuangkan kehendak pemimpin mereka manakala Cina lebih memikirkan keuntungan untuk diri mereka dan juga parti sebelum membuat keputusan menyertai perhimpunan tersebut.


Semakin sedikit modal digunakan untuk mendapat keuntungan dalam bisnes maka semakin gembiralah mereka sebagai peniaga. Maka kaedah yang sama barangkali digunakan dalam percaturan politik di mana mereka tidak sanggup menjadi 'buruh kasar' untuk menjayakan BERSIH tetapi hanya sanggup untuk memberi 'modal' sahaja. Mereka lebih 'pandai' dan 'bijak' dari kita nampaknya. 


Alahai Melayu Mudah Lupa !!!




Link Lim Kit Siang boleh dilayari di sini http://bit.ly/mPvNeR


Soalan terakhir : Adakah ada muka Cina atau India di dalam gambar BERSIH versi pertama di bawah ?






Melayu yang begitu semangat 'dipergunakan' oleh Melayu juga






Pemimpin Melayu yang peralatkan Melayu Bertopengkan Islam



Tauke Besar Yang Sanggup 'Peralat' Bangsa Melayu Untuk Diri Bukan Pertiwi






Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2011. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate