Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Jun 2011

Gambar-Gambar Bukti Kehebatan Tamadun Islam Di Pameran Tamadun Islam Terengganu Darul Iman !!!


Pameran Tamadun Islam

laman web rasmi : http://www.dyevent.com/




“Evolusi Keagungan Warisan Dan Kesenian” ditonjolkan sebagai penghargaan yang tiada tolok bandingnya kepada tokoh-tokoh Islam terdahulu yang telah mencipta pelbagai peralatan yang menjadi keagungan warisan dunia. Peralatan yang telah dicipta menjadi asas fungsi kegunaan yang menjadi rujukan ilmiah sehingga ke hari ini. Elemen kesenian ukiran pada setiap peralatan yang dicipta mempunyai nilai yang tidak terhingga dengan maksud yang tersendiri menjadikan setiap hasil ciptaan tersebut “sempurna” dari setiap aspek.

Pameran ini juga khas untuk memartabatkan Tamadun Islam agar tidak dilupa hanyut ditelan zaman. Sesungguhnya“tiada yang terdahulu maka tiada yang sekarang”.


Tujuan pameran :

  • Mengetengahkan artifak Islam sebagai material pameran untuk dipertontonkan kepada khalayak agar sinonim dengan arus kemodenan Islam.
  • Memberi kesedaran tentang kepentingan sejarah Islam dalam peradaban manusia sejagat.
  • Membangkitkan semangat keislaman dari sejarah keagungan Islam lampau dengan pengiktibaran dari pameran.
  • Secara tidak langsung sebagai satu dakwah kepada masyarakat umum.
  • Sokongan dari pelbagai pihak dalam memulihara sejarah dan artifak Islam.





Seterusnya gambar-gambar pameran di bawah ini yang disalin dari Facebook Ahmad Khairul (gambar) di sini http://www.facebook.com/

أحمد خيرول


Bahan di bawah diletak di Notes beliau di sini  http://www.facebook.com/notes/

Antara yang dipamerkan ialah bahan peninggalan Rasulullah saw dan Sahabat baginda serta peralatan perang dan perubatan ulama Islam. Termasuklah yang berkaitan dengan Nabi terdahulu dan sejarah Kaabah dan Safa Marwah. Paling menarik keris Kesultanan Melayu Islam kita turut dipamerkan.

Lihat dan azamlah dalam diri kita untuk mencipta kehebatan lebih gemilang dengan izin Allah !








Untuk lagi gambar sila klik link laman rasmi  http://www.dyevent.com/ 


Sebarkan benda baik ini...

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate