Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Jun 2011

Edisi Benar : PAS Ancam Mahu Bakar Wartawan - Berita Harian


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2011. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih


Masih Ku Ingat: Ancaman PAS bakar wartawan amat menakutkan
Oleh Razak Rashid Ghows
bhnews@bharian.com.my
2011/06/19

SAYA masih lagi ingat peristiwa 26 Mei 1990 ketika sekumpulan pemimpin dan ahli PAS mengancam untuk membakar wartawan yang membuat liputan Muktamar Tahunan Ke-36 parti itu di markasnya di Taman Melewar, Gombak. Kejadian berlaku berikutan usul yang diluluskan pada sebelah pagi untuk membakar surat khabar New Straits Times, Berita Harian, Utusan Melayu dan Utusan Malaysia. 

Upacara pembakaran diketuai Ketua Dewan Ulama PAS, Nik Aziz Nik Mat yang belum lagi bergelar Datuk ketika itu bersama Naib Ketua Dewan Pemuda, Muhammad Sabu yang kini Timbalan Presiden PAS.Ketika pembakaran akhbar terbitan kedua-dua syarikat terbabit, sekumpulan ahli PAS mengeluarkan kata-kata keji dan mengugut enam wartawan, termasuk penulis yang membuat liputan muktamar berkenaan.

Walaupun beberapa ahli PAS mengeji dan memaki hamun wartawan, Presiden PAS ketika itu, Allahyarham (Datuk) Fadzil Noor cuba meredakan keadaan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa wartawan yang hadir tidak harus dipersalahkan. 

Sebagai wartawan, sudah tentu kami tidak membantah hak PAS untuk memulau dan seterusnya
membakar akhbar berkenaan sebagai protes kononnya berita PAS yang tersiar diputarbelitkan.
 
Namun sebagai manusia, kami marah dengan sikap tidak bertamadun dan tidak bertanggungjawab sesetengah ahli PAS terhadap kami walaupun bukan semua. 

Keadaan cemas berlaku selepas
Nik Aziz membacakan doa supaya dihancurkan akhbar serta harta benda kedua-dua syarikat akhbar terbabit.
 
Ketika doa dibacakan, seorang ahli PAS menjerit ke arah wartawan, disusuli tindakan seorang ahli sayap Pemuda PAS mengeluarkan kata-kata tidak manis didengar, lebih-lebih lagi apabila ada seorang wartawan wanita dalam kalangan kami. 

Pada waktu sama, terdengar jeritan supaya perwakilan dan pemerhati pada muktamar itu mencari wartawan dengan berkata: “Mana wartawan semua, biar kita bakar mereka sekali.” 

Apabila sedar kami berada di sekeliling mereka, kami dituduh dengan kata-kata ‘penyebar fitnah’ dan kemudian diugut untuk
dibakar sekali. 

Selesai surat khabar dibakar, ketika kami hendak meninggalkan kawasan markas, sekumpulan ahli PAS seolah-olah sedang mengepung kami dan mengekori dari belakang sambil menunjukkan perasaan marah. Kami pun berundur dan seorang daripada kami bersembunyi dalam longkang di luar markas itu. 

Bagi kami, kejadian itu amat menakutkan dan tidak sepatutnya berlaku. Kami hanya wartawan biasa yang ditugaskan membuat liputan, sama ada PAS suka atau tidak dengan laporan akhbar arus perdana, ia adalah isu berlainan. 

Penulis berharap kejadian ini hanya tinggal kenangan dan tidak diulang lagi oleh mana-mana parti politik, tidak kira parti yang menyokong kerajaan mahupun pembangkang. 

Tekanan menghadapi suasana politik yang semakin meruncing tidak seharusnya dilepaskan pada wartawan. Mungkin ini antara risiko atau cabaran yang terpaksa dihadapi wartawan ketika menjalankan tugas. 




gambar hiasan PKR bakar Akhbar Utusan Mingguan dari blog http://jiwakelantan.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate