Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Jun 2011

Ahli Parlimen Perak YB Nizar Selar Azli Yang Hina Mufti !!!


PARIT, 6 Jun – Perbuatan biadap bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa menyelar mufti sebagai syaitan bercakap terutamanya  Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ternyata menyinggung perasaan rakyat Perak termasuklah Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria.

Menurut Nizar, kelancangan Azli itu sebenarnya ibarat meludah ke langit, terkena muka sendiri.
“Pas kononnya mempunyai ramai alim ulama tetapi boleh membiarkan Azli menghina mufti yang telah banyak berjasa di negeri Perak. Inikah peribadi dan mentaliti Pas yang kononnya memperjuangkan Islam. Jika hendak dibandingkan ilmu antara Azli dengan Tan Sri Harussani ibarat langit dengan bumi.
“Jangan kerana ingin popular, dia menggunakan parti sebagai platform untuk menghentam orang termasuk mufti yang dilantik secara sah. Kami rakyat Perak menyokong penuh dan mempertahankan Tan Sri Harussani yang sentiasa memberikan bimbingan dan pandangan demi kebaikan agama dan umat Islam khususnya di negeri Perak.
“Bukan seperti ulama Pas yang sentiasa berselindung di sebalik topeng agama sehingga takut untuk menegur sikap Azli yang terang-terangan bukan sesuatu yang diajar oleh agama Islam yang suci ini,” jelasnya dengan nada kesal.
Nizar turut menjelaskan bahawa rakyat Perak tidak ada sebarang masalah dengan cara mufti tersebut menjalankan kewajipannya, maka mengapa Azli harus menyerang cara Tan Sri Harussani menjalankan tanggungjawabnya.
Azli menyelar Harussani ketika tampil menyokong usul di bawa Mohd Fadzil Mohd Noor yang mengutuk fitnah menggunakan video seks pada Mutamar Tahunan Pas ke 57 di taman Melewar baru-baru ini.
Sebelum ini Azli juga pernah bersikap biadap dengan menggelar Harussani sebagai ‘Haramsani’ kerana mendakwa mufti Perak itu tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.
Azli juga turut memberi ‘peringatan’ kepada rakyat agar jangan menyokong UMNO dan BN kerana mereka yang menyokong akan menerima bala daripada Allah swt.
“Saya menyeru kepada seluruh rakyat terutamanya rakyat Perak agar mempertahankan isititusi mufti kita dari terus dihina sesetengah pihak yang ada kepentingan seperti parti Pas.
“Pas sebenarnya bukanlah sebuah parti yang memperjuangkan agama Islam. Sebab itu demi kepentingan politik, mereka sanggup menukar perjuangan menegakkan negara Islam kepada memperjuangkan negara kebajikan. Ini jelas menunjukkan mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk tunduk kepada PKR dan DAP demi mendapat kuasa.
“Untuk membandingkan Pas dengan UMNO sendiri tidak layak kerana kita UMNO sentiasa memertahankan agama Islam selaku agama rasmi negara ini malah kita juga telah lama melaksanakan kebajikan dengan mendahulukan rakyat dalam apa juga keadaan,” kata Nizar lagi.
Beliau berharap agar rakyat sedar bahawa Pas sudah tidak konsisten dalam perjuangan mereka semata-mata mengikut telunjuk dan mejaga hati DAP dan PKR.
“Rakyat wajib menolak parti yang menggunakan kepentingan agama untuk meraih simpati undi di pilihan raya akan datang.
“Ini semua strategi mereka menghadapi pilihan raya umum 13. Tetapi saya yakin, strategi mereka ini bakal menjerat diri mereka sendiri,” ujarnya. -MediaUMNO



Gambar : YB Nizar Zakaria Ahli Parlimen BN Kawasan PARIT

Video PAS hina Mufti di bawah :

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate