Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Jun 2011

418 Laporan Polis Sudah Diterima Mahu Bersih Dibatalkan !!!


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2011. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih



Batalkan rancangan anjur perhimpunan BERSIH: Polis


2011/06/15

KUALA LUMPUR: Polis meminta penganjur Perhimpunan BERSIH yang dicadangkan berlangsung di sini selain di Sabah dan Sarawak pada 9 Julai ini supaya membatalkannya kerana ia mengancam keselamatan. 

"Kita amat khuatir dengan keselamatan dan ketenteraman awam yang akan tergugat, dan aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan berikutan perhimpunan itu," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar.



Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri seminar bersama Ketua Polis Daerah di Maktab PDRM Cheras di sini hari ini, beliau berkata polis tidak akan mengeluarkan sebarang permit untuk perhimpunan itu.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 418 laporan diterima daripada pelbagai pihak termasuk peniaga, pengusaha kereta sewa dan pengusaha pelancongan yang membantah perhimpunan itu diadakan. 

Khalid berkata, polis juga menerima laporan bahawa pada hari yang sama, terdapat kumpulan lain yang berlainan ideologi merancang untuk adakan perhimpunan. 

"Ini mengundang kebimbangan sekiranya berlaku pertembungan antara dua kumpulan," katanya. 

Beliau berkata, polis akan mengambil langkah pencegahan termasuk membuat tangkapan sekiranya perlu. 
"Jika terdapat juga kumpulan yang ingkar dengan arahan polis, dengan bukti yang ada kita tidak teragak-agak untuk menangkap mereka," katanya. 

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu kerana banyak cara lain yang boleh dilakukan sekiranya untuk membangkitkan sesuatu permasalahan. 

"Saya percaya kerajaan tidak pernah menolak tepi apa jua masalah yang dibawa ke hadapan. Oleh itu, saya ingin menasihatkan kepada penganjur agar hentikanlah niat mereka untuk berhimpun," katanya. - BERNAMA 





Panglima : jika mereka masih degil utk melakukannya maka rakyat akan melihat niat sebenar mereka ialah bukan mahu berhimpun secara aman tetapi mahu membuat kekacauan di tengah bandaraya...






Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate