Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Mei 2011

Pertama Kali Tengok PM Berbaju Rasmi Sukan Malaysia Dengan Kucing Beliau !!!

Sebelum ini PM telah datang ke konti Hot FM. Sebelum ini PM juga telah bersama peminat menonton perlawanan bola. Sebelum ini juga PM turut bersama mangsa runtuhan tanah di Hulu Langat. Pendek kata sebelum ini berbagai cara mendekati rakyat telah dibuat oleh Perdana Menteri kita yang memegang teguh gagasan terbaiknya 1Malaysia.

Terbaru gambar PM bersama kucing kesayangan beliau telah dirakam dan dimuatnaik ke FB peribadi PM. Gambar ini telah disiarkan di Facebook beliau 7 jam yang lepas. Menariknya gambar ini juga telah ditandakan kepada beberapa nama tertentu yang Panglima yakin dibuat sendiri oleh PM. 

Dalam masa 7 jam kita boleh lihat beratus rakyat telah menyukai gambar tersebut. Lagi menarik lagi, komen-komen di FB Perdana Menteri, memperlihatkan keterujaan rakyat kerna mendapat Perdana Menteri yang gigih mencuri masa untuk bersama peminatnya. Apatah lagi di saat krisis dunia yang tentu menekan beliau selaku Ketua bagi Malaysia di dalam menghadapi kenaikan harga minyak petrol, keperihatinan beliau sudah tentu amat dihargai oleh rakyat jelata.

Lihat gambar binatang kesayangan Perdana Menteri iaitu kucing seperti gambar di bawah. Jika binatang pun mendapat perhatian istimewa PM maka sifat kasih itu juga pasti turut meliputi rakyat jelata tidak kira warna apa kulit dan tidak juga mengira nama apa agama mereka.

Dengan semangat 1Malaysia memang Pakatan akan merana melihat kubu kuat mereka musnah dalam angan-angan menuju ke singgahsana Putrajaya. Sehingga mereka terpaksa menghalang sekuat yang boleh di dalam menghalang gagasan 1Malaysia ini - disambut baik oleh rakyat Cina dan India.

Harap pemimpin lain dapat meniru corak dan gaya kepimpinan Perdana Menteri bukan sekadar melihat sahaja tanpa berbuat apa-apa. Ramai bloggers boleh membantu mereka jika diperlukan dan jangan kita sangka bahawa peluang untuk bertanding dalam PRU akan datang tidak ada kaitan dengan kempen di alam siber.

Zaman sudah berubah dan kata PM sebelum ini :  " ubah atau rebah " - wajar menjadi suntikan semangat untuk terus bekerja bersungguh-sungguh menghasilkan kejayaan lebih gemilang dari semalam.


Sekian, selamat malam. 


Bakal menyusul isu baiah PAS !

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang suka kucing memang pengasih dan penyayang.

UMNO PARTI PENJARA berkata...

kasih sayang terhadap kucing..








-------------------------------------------------------------
PRU ke-13 Dan Pengkhianatan - Undi BN Undi HARAM. Pemimpin BN Pemimpin SETAN. Rakyat perlu bersedia dengan kehancuran dan kemusnahan generasi muda dan generasi baru
>>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<

Cari Blog Ini

Translate