Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Mei 2011

Pengumuman Penting Kepada Blogger !!!


Beberapa jam lagi Panglima akan kemaskini list (senarai ) blog-blog yang ada di rangkaian Panglima di sini. Tujuannya ialah untuk memeriksa adakah masih ramai Bloggers BPN yang memakai lencana BPN di alam siber ini atau sebaliknya. 


BPN untuk makluman semua, masih lagi wujud meskipun pertemuan alam fizikal jarang dibuat beberapa ketika ini. Namun begitu kerjasama erat BPN dengan Unit Media Baru Pemuda Umno masih diteruskan tanpa sebarang masalah dari dulu hingga kini tanpa sebarang publisiti.


Selain itu Panglima juga akan membuang blog yang tidak sudi meletakkan kembali link blog Panglima. Selepas sekian lama rasanya sudah tiba masa untuk membuang blog yang tidak mesra dan tidak mahu menjalinkan hubungan lebih erat sesama blogger. Masalah sesetengah kita ialah memilih dalam meletakkan link blog sedangkan matlamat dan arah kita semua adalah sama tiada bezanya.

Tidak lupa blog yang dirasakan tidak mahu menerima arus perubahan 'Transformasi Politik' yang mana masih mahu menggunakan perkataan mencarut dan fitnah juga MUNGKIN akan dikeluarkan. Dalam hal ini kebebasan menulis asalkan tidak menfitnah adalah hak seorang bloggers dan mereka bebas memilih perkataan yang bersesuaian dengan mesej yang ingin disampaikan. Asalkan tidak mencarut dan menghina mana-mana insan, atau agama dan bangsa lain yang menghormati kita.

Panglima juga sedang TRANSFORMASI diri dengan menyeru diri sendiri untuk menggunakan FAKTA yang kuat dan kata-kata paling LEMBUT untuk mengunci pergerakan / permainan lawan kita yang masih belum lagi mahu merubah pendirian mereka. Masa memikat golongan intelek  atau muda mudi semestinya memerlukan pendekatan fakta yang hebat dan kata-kata yang memikat agar mereka lebih mesra dan tertarik dengan cara penulisan artikel blog kita.

Akhir sekali Panglima akan membuat dua kumpulan baru blog iaitu blog Intelek dan blog Pakatan. Rakan seperjuangan yang lain akan diletakkan dalam list 1Malaysia, Blogger BPN dalam list 1BPN dan blog baru muncul dalam list Blog Baru. Kita juga ada sebilangan sahabat blogger perempuan / wanita yang telah dilatih / ditemui dan mesra kerajaan. Mereka akan diletakkan dalam senarai blog Serikandi. 

Blog Intelek juga akan diwujudkan untuk membariskan blog yang tinggi kualiti penulisan mereka seperti laman AIDC, Nobisha, Azli Shukri dan Dr Novandri dll. Manakala Blog Sahabat BPN akan dikekalkan seperti biasa. Panglima juga akan membina senarai blog lawan / pakatan bagi memudahkan proses meneliti isu-isu yang mereka sentuh dari satu tempat sahaja tanpa perlu pindah randah ke tempat yang berbeza.


Proses ini satu perjalanan biasa dalam mengemaskan saf pertahanan siber negara kita agar lebih mantap dan hebat dari semasa ke semasa. Blogger lain yang ingin menyertai kita juga dialu-alukan dengan tangan penuh terbuka !


" Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar. "
 
(  سورة البقرة  , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #249)


Biar kita sedikit tetapi berkualiti dari ramai tetapi tidak ada manfaat bahkan membawa mudarat !!!






4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Blog-blog saperti AIDC dan Novandri, adalah blog pembodek walaupun menggunakan perkataan yang kononnya tiada maki hamun. Blog Nobisha dan Azli Shukri bolehlah dikira sebaris blog intelek. Bila masa AIDC dan Novandri ini bertaraf intelek? Satu lagi, adakah Novandri ini Melayu? Bunyinya macam H.... P.... saja.

Unknown berkata...

SYABAS...
JPX AKAN PASANG LOGO TU...

alamijiwaparadox.blogspot.com

tq

panrita berkata...

Sy amat berminat utk sertai. Logo telahpun dipaparkan. Harap dapat bersama-sama membantu bloggers yang lain berusaha demi bangsa dan negara.

azlishukri berkata...

Tahniah, saya menyokong usaha Tuan!!

Cari Blog Ini

Translate