Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Mei 2011

Laporan Blogger Duke Sejurus Pulang Dari Tempat Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat




Adoiii...penat tak habis lagi. Basah kuyup dibuatnya. Sejuk! Tapi semua itu berbaloi pada saya. Sekurang-kurangnya saya sempat menghadiahkan Al-Fatihah dan tahlil ringkas kepada mangsa-mangsa yang telah dijemput Allah.

Sebenarnya, saya baru pulang dari lokasi kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Kebajikan At-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat. Petang tadi, seorang rakan mengajak saya untuk ke sana.

Ketika kami di sana, hujan turun dengan lebat! Memang basah kuyup pun. Namun yang mengkagumkan saya, pasukan penyelamat seperti Bomba, PDRM, PGA dan sebagainya begitu komited menjalankan tugas masing-masing. Di dalam hujan lebat, mereka bertungkus lumus memberikan sepenuh kudrat mereka untuk menyelamatkan mangsa. Saya memang kagum!

Beberapa Menteri turut hadir melawat keadaan di situ. Timbalan KPN, Datuk Seri Khalid pun ada, berbaju batik! Namun, meskipun berbaju batik, difahamkan beliau juga terpaksa menapak dalam hujan sejauh 2 km untuk ke lokasi kejadian. Jalan sesak teruk!

Tiba-tiab saya ternampak seraut wajah. Rupa macam kenal. Pernah tengok di internet. Oh! Eli Wong! Uik? Apa dia buat kat sini? Sebenarnya, Eli Wong banyak menolong di lokasi kejadian. Namun, dia hanya tolong satu perkara saja, iaitu "tolong tengok"! Tak buat apa-apa pun mangkok tu...

Apapun, saya merayu kepada seluruh umat Islam supaya melakukan solat hajat malam ini kepada mangsa-mangsa yang masih terperangkap. So far, sepanjang saya di sana, seramai 8 orang mangsa telah dikejarkan ke Hospital Ampang dan menyedihkan, 3 mangsa turut telah dijemput Allah. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'unnn.

Secara keseluruhan, seramai 30 orang mangsa dianggarkan terperangkap. 11 telah ditemui, 8 cedera dan 3 maut. Masa saya ke Hospital Ampang tadi, 2 orang mangsa lelaki dilaporkan kritikal, seorang sedang menjalani pembedahan dan seorang lagi mungkin hilang kaki.

Berdoalah untuk mereka. Mereka bukan orang lain, mereka saudara-saudara kita, seagama, sebangsa. Semoga adik-adik kita itu dipelihara Allah. Aminnn...


blog hebat beliau di sini http://dukeofumno.blogspot.com/ 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alfatihah bua anak2 Yatim.....
Mudah2an Allah mencucuri rahmat buat mereka dan ganjaran buat petugas yang telah bertungkus lumus menghulurkan bantuan tanpa mengira Agama, Bangsa dan fahaman politik.

***Saranan buat bloggers yg budiman.

Ayuh kita lancarkan Tabung untuk anak2 yatim dan sekolah berkenaan.

Para bloggers tolong cari jalan ke akaun mana yang hendak di sumbangkan.

Insya Allah.

Cari Blog Ini

Translate