Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 April 2011

Video Seks II - Bukti Allah Mahu Sedarkan Datuk Seri Anwar & Kita Semua !!!


gambar : Blog Flying Kick



Anda boleh memberi komen sebebas-bebasnya tentang gambar di atas.

Apa yang Panglima lihat rakaman yang tersebar ini membuktikan bagaimana kuasa Allah ingin menyedarkan manusia sekelian bahawa di atas dunia lagi perbuatan buruk mereka akan didedahkan atau dirakamkan. Situasi dalam video yang jelas sangat gelap tanpa cahaya, dapat dirakam dengan menggunakan kamera yang canggih hingga perbuatan yang dibuat dalam gelap tersebut, dapat dilihat dengan jelas.

Maka tidak peliklah di akhirat amalan buruk kita juga akan dipertontonkan kepada seluruh umat manusia. Perkara yang gagal diterima oleh saintis dan ahli logik yang anti agama. Sedangkan bukti kecanggihan teknologi telah muncul untuk membolehkan kita menerima hakikat ini.Bayangkan berbilion manusia akan melihat tayangan tersebut ??? Ketika itu pasti semua akan malu yang amat sangat.

Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim - bertaubatlah sebelum terlambat. Allah masih sayangkan anda dengan membenarkan takdir video ini disebarkan. Allah mahu anda segera insaf. Allah mahu nafsu memburu kuasa dan harta anda akan terhenti dan anda kembali bertaubat untuk menjadi hamba Allah yang beriman dan diredhaiNYA. Allah tidak mahu anda mati dalam keadaan yang jauh atau suul khatimah (kesudahan yang jahat).

Moga kita juga segera bertaubat sebelum kematian menjelma. 

Moga kita juga sibuk membaiki diri kita sebelum mengadapnya. 

Moga kita semua menjadi rakyat Malaysia yang tinggi moralnya.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate