Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 April 2011

Rakyat Kelantan Marah Nik Aziz Enggan Jumpa Mereka Selesai Isu Air Karat !!!



Hampir 200 penduduk daerah ini berpiket secara aman buat kali kedua di hadapan pejabat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dekat sini, petang semalam apabila tuntutan memorandum yang dihantar kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 7 April lalu tidak mendapat maklum balas positif daripada pihak kerajaan negeri.

Mereka berkumpul selama setengah jam bermula pukul 4.00 petang dengan disertai Pengerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MKPM) Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman.


Penduduk terbabit mengangkat sepanduk sinis "Terima Kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan Kami Rakyat Pasir Puteh bersyukur atas keprihatinan kerajaan mengatasi masalah air penduduk - Daripada Rakyat Jajahan Pasir Puteh," selain melaungkan "Kerajaan Negeri Bohong"

Zawawi berkata, kerajaan negeri sepatutnya menyuntik lebih banyak dana untuk meningkatkan perkhidmatan bekalan air bersih kepada penduduk, selain telus dalam perbelanjaan pinjaman mudah berjumlah RM510 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat bagi tujuan berkenaan.

"Saya mewakili rakyat Pasir Puteh mendesak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menjalankan siasatan terhadap penggunaan wang tersebut kerana bekalan air bersih sepatutnya tidak lagi bermasalah sekiranya peruntukan itu digunakan dengan sebaik mungkin," katanya.

Zawawi berkata, rakyat turut marah dengan cadangan kerajaan negeri menyediakan paip khas kepada peniaga di kalangan kroni pemimpin kerajaan, berbanding hospital dan sekolah yang lebih memerlukan bekalan air.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Lembaga Pelawat Hospital Tengku Anis (HTA), Datuk Che Min Che Ahmad berkata, masalah air telah menjejaskan operasi di hospital kerana bekalan air lori yang disediakan oleh AKSB tidak mencukupi.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh itu berkata, pengurusan air di Kelantan sewajarnya diserahkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kerana kerajaan negeri terbukti gagal menguruskan keperluan utama rakyat sejak sekian lama.

Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang ketika dihubungi pula mengesahkan masalah bekalan air berlaku di semua sekolah di daerah ini dan ia turut mengganggu pembelajaran di makmal sains, kantin, asrama dan tandas.

"AKSB perlu bertindak segera, jangan sampai Jabatan Pelajaran Negeri terpaksa mengambil keputusan memberi cuti sementara kepada beberapa sekolah yang berdepan masalah bekalan air paling kritikal," katanya.- utusan



Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 




1 ulasan:

Dot berkata...

pas mendabik dada kononnya hanya mereka layak ke syurga padahal dlm perkara 'hablumminannas' mereka tersangat2 gagal kerana mengabaikan hak asasi rakyat iaitu bekalan air bersih yg amat diperlukan setiap insan!

itu belum lagi dihalusi perkara2 lain spt berlaku adil kpd semua rakyat kerana mrk hanya mengutamakan kroni mereka shj...
mengata dulang...

sepatutnya pmimpin2 & ahli2 pas lebih sempurna etika kerja mereka berbanding pemimpin2 BN yg mereka dakwa tidak cekap, tidak alim, rasuah dan sebagainya memandangkan mereka kononnya lebih tahu hukum hakam!
pas juga mesti lebih prihatin terhadap rakyat Islam tanpa memilih bulu dari mengutamakan kafir harbi dap yg ternyata tidak pernah solat, berpuasa & mengamalkan ajaran Islam. tapi pas menidakkan hak rakyat Islam yg tidak berada dl parti mereka semata2 menganggap orang lain kafir krn bukan ahli pas! alangkah dangkalnya fahaman mereka...

Cari Blog Ini

Translate