Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 April 2011

Kemaskini : Modal Baru Pembangkang : Projek Email 1Malaysia !!!


Perdana Menteri telah mengumumkan akan memberi email percuma kepada setiap rakyat Malaysia. Rakyat berumur 18 tahun ke atas akan diberi satu email bernama Email 1Malaysia. Tanpa sebarang paksaan. Kos yang ditanggung oleh swasta dalam projek ini ialah RM50 juta tanpa melibatkan dana awam dari kerajaan.

Inisiatif e-mel 1Malaysia diumumkan Najib ketika membentangkan laporan kemajuan terkini Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Putrajaya semalam. Di mana projek emel 1Malaysia merupakan satu daripada tujuh projek baru dalam ETP. Di bawah inisiatif itu, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan diberikan satu akaun e-mel rasmi yang unik. PM telah mengumumkan projek tersebut kerana ia telah dinilai oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) sebagai sebahagian daripada ETP.

Harakah seperti biasa cuba memutar belitkan dan menanam keraguan serta kebencian rakyat terhadap Kerajaan. Lalu berbagai sudut dikupas tanpa fakta yang sahih agar rakyat melihat projek ini satu lagi projek menguntungkan kroni Datuk Seri Najib. Namun jelas bahawa projek ini tidak melibatkan wang kerajaan.

Sehari dua yang lalu Malaysiakini juga turut memainkan isu projek naik taraf masjid jamek Kg Baru yang cuba dipalitkan 'lumpur' kepada Perdana Menteri ekoran penglibatan adik beliau Nazim Razak dalam projek tersebut.

Namun Allah telah menggagalkan niat mereka sehingga Nazim Razak mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat beliau suda lama membantu masjid tersebut dan rekabentuk yang dihasilkan oleh syarikatnya dibuat secara sukarela tanpa dikenakan sebarang caj atau bayaran. Bahkan mereka sudah lapan tahun membantu bukan kali ini sahaja. Artikel lanjut penjelasan syarikat adik PM sila rujuk di sini http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/04/penjelasan-adik-perdana-menteri-nazim.html

Ketika zaman IT semakin penting dan Kerajaan mengambil inisiatif untuk memberi email 1Malaysia untuk memudahkan rakyat berkomunikasi dengan Kerajaan dengan selamat kenapa Pembangkang termasuk Lim Kit Siang cuba memperlekeh projek ini ? Lihat blog Lim Kit Siang yang menyentuh isu ini di sini http://blog.limkitsiang.com/2011/04/19/najibs-1-malaysia-circus-1-email-for-every-malaysians/


PM berkata : "Jika anda tidak mahu menyertainya, jangan sertainya. Saya tidak nampak apa masalah besar di sini,"  Tegas  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, projek e-mel 1Malaysia yang diumumkan semalam merupakan inisiatif sukarela sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam. Beliau menegaskan, penyertaan di dalam projek tersebut juga adalah sukarela. Maknanya jika Lim Kit Siang tidak mahu maka beliau tidak akan mendapat email tersebut. Begitu juga jika ada 21,913 orang menurut Harakah dan 24,012 orang menurut The Malaysian Insider tidak setuju maka Panglima yakin masih ada berbelas Juta rakyat Malaysia yang akan menggunakannya. Buat apa kita menggunakan Yahoo atau Google jika rakyat Malaysia pun berupaya mencipta email yang selamat untuk diguna oleh kita semua. 



kata kawan FB Panglima pagi ini :



Projek e-1M kelolaan YAB PM merupakan satu lagi gerbang baru Malaysia mengoptimakan pentadbiran berkesan...

Individu yang menafikan perkara ini adalah segelintir yang suka menggunakan 'ID PALSU' @ FAKEPROFILE @ PSEUDOPROFILE...




Sila berikan komen anda tentang perkara ini. Mari kita mahu buktikan berpuluh juta rakyat Malaysia tidak setuju dengan pembangkang dan selama ini memang jelas pembangkang sengaja mencipta helah dan kepalsuan demi menggagalkan usaha murni kerajaan hingga merugikan rakyat sekelian.


Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate