Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 April 2011

Fakta : 944 tangkapan tahun lepas, tertinggi sejak 1967 - SPRM





28/04/2011 2:56pm


KUALA LUMPUR 28 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat 944 tangkapan berhubung kesalahan rasuah sepanjang tahun lepas, tangkapan tertinggi dalam sejarah sejak agensi pencegahan rasuah diwujudkan pada 1967.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 414 atau 43.8 peratus tangkapan adalah di kalangan pemberi rasuah, peningkatan ketara berbanding tangkapan terhadap penerima rasuah seperti mana yang dicatatkan tahun-tahun sebelumnya.

"SPRM memaklumkan bahawa buat pertama kali juga jumlah orang yang ditangkap kerana memberi rasuah dengan orang yang ditangkap kerana menerima rasuah sudah bersilang.

"Ini merupakan satu peningkatan yang besar hasil daripada usaha kerajaan meningkatkan kesedaran di kalangan pegawai-pegawai perkhidmatan awam untuk mengambil tindakan atas mereka yang memberi rasuah,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan buku laporan tahunan SPRM kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata jumlah tangkapan yang berbeza terhadap mereka yang memberi berbading yang menerima rasuah juga merupakan satu indikator tentang peningkatan integriti di kalangan pegawai-pegawai perkhidmatan awam bertambah baik sejak kempen ‘Hindar Menerima: Perangi Pemberi Rasuah’ dilancarkan pada 26 April tahun lepas. — Bernama


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate