Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 April 2011

Blogger Semut Hitam 'Gigit' Azmin Ali Yang Gelar PAS 'Jaguh Kampung' !!!

Berikut tulisan satu lagi blog yang makin hebat iaitu Semut Hitam. Beliau sama seperti Flying Kick dan juga Badut Rakyat antara blogger makin meningkat naik.

Mereka ini Insya Allah bakal menjadi blogger yang disegani jika istiqamah dan ikhlas dalam penulisan demi Agama Bangsa dan Tanah Air. 


Sila baca tulisan Blogger Semut Hitam yang membongkar kebiadapan Azmin Ali di bawah :




Wah!!! Ini satu perkembangan hangat!!! Azmin Ali tuduh pemimpin PAS semuanya Jaguh Kampung!!! Macam la dia tu jaguh bandar, ye tak.

Dengar kata, PKR naik angin dengan pendirian PAS yang nak mengkaji semula kedudukan parti itu bersama Pakatan Pembangkang.

PAS mengeluarkan kenyataan tersebut berdasarkan kepada laporan Polis sekiranya lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan sebelum ini terbukti Anwar.

Azmin Ali kata, kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali yang ditanya oleh wartawan semalam cukup menguris hati Anwar dan PKR. (Haktuih!).

Azmin juga seterusnya menuntut penjelasan daripada Mustafa sehingga memaksa Setiausaha Agun PAS itu berbohong dan menafikan perkara tersebut hari ini.
“Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian,” kata Azmin
Fuh!!! Dia nak jugak PAS bersekongkol dengan PKR walaupun individu dalam video seks tu adalah Anwar? Maknanya, dia nak PAS bersekongkol dengan perbuatan maksiat?

Azmin jugak mendakwa bahawa penjelasan daripada Mustafa itu adalah disebabkan tuntutan rakyat yang mahukan kebenaran.

Kebenaran yang rakyat tuntut ilaha daripada Anwar dan PKR. Bukan dari PAS. Sebab Anwar dan PKR yag buat masalah. PAS hanya mengkaji kedudukan mereka sahaja.

Orang yang paling layak untuk membuktikan penjelasan ialah Anwar. Dia perlu buktikan bahawa dia tidak terlibat dalam isu video tersebut. 

Angkat sumpah dengan menyatakan bahawa dia bukan orang didalam video tersebut. Apa, susah sangat ke? Itu semua demi membersihkan nama dia jugak.

Azmin juga dengan jelas menyatakan bahawa PAS adalah parti yang tidak lagi relevan tetapi hanya mahukan perhatian.

Persoalannya, adakah PAS masih mahu bersahabat dengan PKR mengenai perkara ini? Adakah salah bagi PAS untuk memikirkan mengenai kedudukan mereka dan menjauhkan diri daripada maksiat?

Adakah mereka akan tetap akur walaupun dicaci cerna oleh seorang anak muda dengan sedemikian rupa?

PAS kena ingat, mereka semakin hari, semakin hilang sengat disebabkan oleh PKR dan Anwar. Semakin hari, parti yang memperjuangkan Islam ini mula dipinggirkan oleh Melayu.

Jadi jangan jadi kambing hitam kepada Pakatan yang tujuan sebenarnya adalah untuk memperjuangkan seorang individu sahaja. Islam ada maruah! Jangan dipersendakan maruah tersebut kerana tuntutan orang lain!!!







Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate