Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 April 2011

Blogger Flying Kick - Terjah Husam Musa dan Anwar Sambil Pertahan Hadi Awang !!!



Pagi ini membaca artikel Flying Kick dan beberapa perkara menarik diulas beliau. Meskipun pernah menjadi kontroversi selepas bergaduh dengan UMB @ Tun Faisal selepas PRK Merlimau... 


Tetapi artikel beliau kali ini boleh dipuji kerana ia kena dengan selera Panglima yang ingin war-warkan kepada rakyat khasnya ahli PAS bahawa Husam Musa adalah 'kawan rapat' Anwar dan perlu disedarkan bahayanya.. 

Tulis Flying Kick :


Antaranya :



Kekalahan 5-0 di Sarawak selain beberapa pilihanraya kecil di Semenanjung, menyebabkan Abdul Hadi Awang dikatakan tidak efisien selain gagal memikul tugas selaku Presiden. Tidak cukup dengan itu, dikatakan pula PAS memerlukan penyegaran. Penyegaran yang dimaksudkan sudah tentulah dengan mencampakkan Abdul Hadi Awang daripada jawatan Presiden yang sedang disandangnya.

Namun penyegaran yang dimaksudkan oleh kebanyakan pihak adalah dengan mencalonkan Husam Musa sebagai Presiden parti tersebut. Sedangkan pada masa yang sama, semua orang tahu, Husam Musa merupakan rakan sekutu Anwar Ibrahim yang paling kuat. Bahkan dikatakan, Husam Musa mengetuai kumpulan Erdogan yang sememangnya berkiblat kepada Anwar di dalam PAS.


Seterusnya Flying Kick menambah :

Adakah bermaksud penyegaran di dalam PAS bererti mengukuhkan pengaruh Anwar Ibrahim di kalangan ahli-ahli dan pemimpin PAS?


Bagi Panglima nampak gayanya masa untuk memastikan PAS akan menjadi alat Anwar dan berada bawah pengaruh PKR secara total, sudah sampai.

Kebangkitan semula geng Erdogan tentu lebih hebat dari sebelumnya.

Apa akan jadi jika PAS berada di bawah pengaruh PKR ? Tentu slogan Perpaduan akan hancur dan pupus seperti dinasour.

Tidak akan ada lagi perpaduan dan persepakatan jika parti sudah berjaya dibeli dan dikuasai oleh satu entiti yang anti Islam dan layak digelar kafir harbi.

Maka kerana itu kita kena lawan bersama-sama menghalang unsur yang boleh menyekat perpaduan Islam dari berkuasa.

Ingat sebelum kena dan ingat sebelum terlewat.


Blog Flying Kick boleh dilayari di sini http://theflyingkick.blogspot.com/ 



Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate