Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 April 2011

Analisis Malaysiakini vs Analisis Panglima Kekalahan PAS di Sarawak !!!

Analisa Malaysiakini kekalahan PAS di Sarawak :

Persoalan utama yang ditimbulkan berhubung peluang PAS dalam pilihan raya negeri Sarawak sebelum ini adalah berkaitan dengan pemahaman parti itu ke atas kehendak masyarakat Melayu di negeri tersebut.

Namun, beberapa kelemahan lain dapat diperhatikan dalam kempennya sehingga PAS tewas di kesemua lima kerusi yang dipertandingkannya hari ini.

Kelemahan jentera
Jentera kempen yang rata-rata diketuai daripada PAS di negeri-negeri semenanjung gagal memahami pengundi setempat. Di kawasan luar bandar, sambutan baik daripada pengundi yang ditemui disalahtanggap sebagai menyokong parti Islam itu. Sedangkan masyarakat bersikap sama kepada setiap parti.

Kempen lambat
Kempen lambat dimulakan, termasuk pemilihan calon yang dijalankan di saat-saat akhir. Difahamkan keputusan memilih calon harapan utamanya Abang Ahmad Kerdee Ahmad Abang Masagus sendiri dibuat pada malam terakhir sebelum penamaan calon pada keesokan harinya.
Sementara itu walaupun parti Islam itu telah bertapak sejak hampir sepuluh tahun, ia asalnya lebih mirip kepada gerakan dakwah dan bukannya politik.

Terlalu yakin
Pada hari penamaan calon, melihat sambutan pada Ahmad Kerdee yang seolah-olah bintang filem, PAS dilihat agak memandang rendah pada kemampuan BN.
Mungkin juga disebabkan laporan akhbar dan cakap-cakap berlakunya pergolakan dalaman BN antara penyokong penyandang ADUN Bolhassan menyebabkan PAS mengambil mudah lawannya.

BN terlalu kuat buat PAS
Tiga kawasan baru yang ditandingi PAS kali ini merupakan kubu kuat BN yang memenangi kawasan itu dengan majoriti antara 2,000 hingga lebih 4,000 undi.
Angka itu dilihat amat sukar dikejar, tambahan lagi melawan BN yang memerintah dengan majoriti besar dalam DUN sejak tahun 1963 lagi apabila negeri itu merdeka bersama Malaysia.
Cubaan PAS di Beting Maro dan Sadong Jaya sebelum ini juga tidak berjaya dan hanya meraih tidak sampai 900 undi.

Kesetiaan Melayu
Sejak awal lagi, masyarakat Melayu di Sarawak dilihat amat setia pada BN dan kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud.
Dalam masa yang sama, calon ketua menteri Pakatan Baru Bian - seorang Dayak - dilihat menakutkan masyarakat Melayu.




Analisis Panglima kekalahan PAS di Sarawak : 

  1. PAS hina kaum bumiputera di Sarawak isu cawat. Hingga kini tidak silap Panglima PAS masih lagi belum meminta maaf terhadap rakyat Sarawak isu tersebut. Kempen pilihanraya juga turut menggunakan isu tersebut bagi mendedahkan sikap sebenar PAS yang suka menghina kaum atau bangsa lain sewenang-wenangnya. Rakyat Sarawak dapat menilai bahawa parti yang suka menghina mereka sebenarnya datang dari golongan yang hina jua.
  2. PAS tidak bersungguh menggerakkan jenteranya di Sarawak yang besar kemungkinan untuk sabotaj PKR yang dilihat begitu tamak hingga sanggup mengenepikan SNAP dan memberi laluan mudah kepada DAP. PAS juga dilihat makin jinak kepada BN dengan dua insiden yang berlaku di Sarawak di mana Presiden PAS memeluk DS Najib dan sebelumnya di Pahang di mana Nik Aziz bersama DS Najib, menunjukkan PAS makin mesra dengan BN. Ini besar kemungkinan hasil pendedahan video seks Anwar yang tentu memalukan PAS sebagai rakan sekutu besar dalam Pakatan Rakyat dan seperti sudah bersedia melompat keluar dari Pakatan Rosak tersebut..
  3. PAS juga terbukti gagal menggunakan pendekatan sebaik DAP di mana menyebabkan mereka telah dihalau oleh rakyat Sarawak. DAP lebih berpengaruh kerna mereka dapat berkomunikasi dalam bahasa yang sama.Faktor kesetiaan Bumiputera kepada BN sudah tentu menyulitkan usaha PAS yang cuba menghasut rakyat Sarawak agar membenci BN yang sudah banyak berjasa kepada mereka sejak merdeka hingga sekarang.
  4. PAS telah hilang dasar perjuangannya dan kerana itu PAS sudah dilihat sama dengan perjuangan parti lain asalkan demi kuasa dan takhta. Maka retorik bahawa Islam ialah PAS dan PAS itu Islam tidak terpakai di sini dan sangat jauh bak 'panggang dari api'... Kekalahan teruk ini bukti Allah mahu menyedarkan PAS dan penyokongnya bahawa kuasa Allah mendahului perancangan politik mereka dengan kekalahan total ini.
  5. PAS sudah terlalu bongkak dengan sedikit kuasa yang mereka perolehi sekarang. Lihat bagaimana kesombongan PAS apabila diperlekeh oleh PBB bahawa cita-cita mereka dengan membalas kembali andaian mereka akan kalah di Sarawak sebelum ini. AKhirnya terbukti PAS gagal meraih walau satu kerusi di Sarawak kerana mereka sendiri telah melampaui batas dengan bersikap sombong dan bongkak yang dibenci oleh rakyat. Info klik sini


IKTIBARNYA : APA JUA BOLEH BERLAKU DALAM PILIHANRAYA DAN KITA KENA BERSEDIA DARI SEKARNG DAN SEMALAM UNTUK PERJUANGAN MURNI INI...DEMI ANAK CUCU BANGSA KITA...


Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate