Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 April 2011

Alat Penting Wajib Dimiliki Oleh Blogger Dan Penagih Blackberry ( Crackberry )


Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 





Semalam ada sedikit pertemua dengan rakan setia alam siber yang sudah lama tidak berjumpa. Meskipun bertawaf beberapa kali di tengah Kuala Lumpur namun kesabaran mencari membuahkan hasil apabila dapat sampai ke destinasi. Kami lepak di jalan Doraisamy berdekatan Sheraton Hotel.

Ketika minum ada kawan berpangkat abang menggunakan alat seumpama portable charge untuk mengisi caj BB Storm beliau. Maka Panglima tertarik lalu bertanya di mana dan berapa harganya.

Katanya, harga alat bernama 'Energize' ini ialah RM120 yang boleh dibeli di Lowyat. Ia mampu menyimpan kuasa eletrik 1000 volt. Manakala jika ingin prestasi caj lebih baik disarankan anda memilih alat berkenaan yang berharga RM 250 yang mampu menyimpan sehingga 5000 volt. Laptop pun boleh dicaj menggunakan alat ini.

Dengan alat ini maka akan selesailah masalah bateri BB selalu habis apatah lagi ketika berada di tengah hutan belantara seperti di Sarawak minggu lepas !

Apa lagi jom kita pergi beli hehe... 


1 ulasan:

Ular Menyusur Akar berkata...

Mungkin silap tu. 1000 volt boleh hancur peralatan telefon atau notebook. Notebook baru guna lebih kurang 15 volt saja. 1000 volt boleh berasap di buatnya.

batteri biasa di kira AH (Amp/hr)1000mAH (1AH; A=ampere, H=hour) bermakna pengunaan 1000 miliampere dalam 1 jam. Jika peralatan mengunakan powernya kecil @notebook 650 mAH (0.65 Amp), ini bermakna ia boleh membekal selama lebih kurang 2 jam. Jika pengunaan kuasa lebih kecil saperti telefon, ia boleh membekalkan lebih lama lagi.

Cari Blog Ini

Translate