Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 April 2011

Ahmad Maslan Tegaskan Pintu Rundingan Umno - Pas Masih Terbuka Ketika PAS Mula Fikir Mahu Keluar Dari Pakatan !!!




Pintu rundingan UMNO-Pas sentiasa terbuka

KUALA TERENGGANU 22 April – UMNO masih membuka pintu kepada Pas untuk bersama-sama parti tonggak Barisan Nasional (BN) itu jika Pas bersedia berbuat demikian demi perjuangan parti Melayu dan perpaduan umat Islam.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pintu rundingan antara UMNO dengan Pas sentiasa terbuka, malah UMNO kini menunggu dengan tangan terbuka.

“Seperti mana kenyataan pucuk pimpinan parti (UMNO), pintu rundingan UMNO dengan Pas tak pernah ditutup. Apa saja yang berlaku diharap selesai sebaik sahaja kes video (video seks pemimpin pembangkang) selesai.

“Ia umpama terowong yang gelap, (tetapi) di hujung sana ada cahaya perpaduan, kita tunggu dengan gembira,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Retreat UMNO Negeri Untuk DUN Kalah di sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau mengulas reaksi Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini mengenai kesediaan parti itu untuk mengkaji semula kedudukan mereka dalam pembangkang jika hasil siasatan mengesahkan siapa pelakon sebenar dalam video seks membabitkan pemimpin pembangkang.

Ahmad menjelaskan, sekiranya terlaksana kelak (persepakatan UMNO-Pas), ia merupakan langkah terbaik demi kebaikan serta manfaat orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.

Menurutnya, ini kerana, majoriti rakyat yang sentiasa hidup harmoni tanpa sebarang percakaran sesama sendiri dapat membantu mewujudkan semangat perpaduan seterusnya membangunkan ekonomi negara.

Ditanya kemungkinan Pas bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO andainya hasil siasatan mengenai identiti pelaku dalam video seks itu diketahui, beliau tidak menolak kemungkinan itu.

Malah Ahmad turut yakin, suatu hari nanti, Pas akan mengubah pendiriannya untuk bersama-sama UMNO demi perpaduan Melayu dan Islam seperti yang pernah berlaku semasa era kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Razak Hussein dahulu.

“Kita lihat orang Cina boleh bersatu untuk kebaikan, begitu juga dengan kita orang Melayu dan yang lebih penting adalah perpaduan umat Islam,” ujarnya.

sumber : Utusan Malaysia


Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

1 ulasan:

Mohd berkata...

Yang jelas Anwar akan menyokong puak Erdogan dlm PAS dgn wang ringgit. Anwar dan DAP sangat takut jika puak Ulamak menang besar dan melenyapkan puak Erdogan dlm PAS. Sebab puak Ulamak dah celik mata dan rata2 tidak lagi menyokong si Peliwat dan Penzina. Buat apa menyokong dan bersubahat. Orang lain yg dapat nikmat seksnya, orang lain pula turut tumpang berdosa kerana bersubahat.
Tengok aje kes ADUN Perupok dan ADUN Selingsing balun bini orang. PAS diam aje. Tanda bersubahatlah tu. Dgn kata mudah PAS adalah berdosa, sanggup?
Tapi kita semua tahu PAS ni jenis yg tak takut akan halal haram dan dosa. Lihat saja bagaimana PAS telah songlap duit Dana Memali utk anak2 yatim. Kan dosa besar tu memakan duit anak yatim? PAS telah cuba menutup kemungkaran itu dan secara terang dah berdosa kerana bersubahat dgn lebai2 yg telah balun duit itu. Inilah contoh lagi bagaimana PAS sanggup tanggung dosa bersama orang lain
Kalau ini semua bukan bodoh, apakah dia?
Melayu mudah lupa ????????????????

Cari Blog Ini

Translate