Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Mac 2011

Terima Kasih Ketua Menteri Melaka dan Tok Mad Atas Layanan Baik Kepada Blogger Di Merlimau !!!

Pertama sekali Panglima ingin merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pihak Kerajaan Negeri Melaka atas layanan baik mereka sepanjang kempen PRK N27 Merlimau yang berakhir semalam dimana semua sudah mengetahui kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional. Penginapan dan kemudahan yang disediakan untuk blogger sangat selesa sekali dan juga bantuan seperti info dan bahan juga sangat dihargai. Tidak lupa kepada Dato Ahmad Maslan Ketua Penerangan Umno yang kerap bertemu dengan para bloggers/facebookers untuk memastikan tugas kami jalankan di sini tidak terhalang dengan apa jua masalah. Tq DAR dan Tok Mad !

Sesungguhnya segala perancangan dan juga serangan blogger di Merlimau terhadap fitnah pembangkang meskipun tidak ramai hanya lima orang tetapi dengan jentera blogger negeri yang bergerak di bawah Setiausaha Akhbar KM iaitu Syed Akhbar Ali dengan bantuan Ketua Pemuda Jasin En Zaidil dan Blogger Melaka yang juga Timbalan Unit Media Baru Melaka En Shahnor yang juga pegawai Dato Razali Ibrahim maka segala serangan dapat dibuat dengan baik. Mereka yang bergelar Pahlawan Melayu Melaka (PMM) sangat aktif bekerja dan kami hanya membantu setakat mana yang diperlukan sahaja. Pendek kata ketiadaan Tun Faisal di sini tidak menjejaskan peperangan siber kami dan alhamdulillah kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional.


Para pasukan media baru bersiap untuk berjuang
 ( rumah kedua bloggers disedia oleh rakan kami kawasan pinggir Merlimau )

Kerjasama yang sangat bagus ini sangat kami alu-alukan kerana kami dari luar yang datang membantu anak watan Melaka merasakan sukar membuat liputan atau serangan tanpa kerjasama anak tempatan. Walaupun tidak berkumpul di Command Center BN kerana kemudahan wifi yang laju sudah disediakan di rumah bloggers namun kami tetap menggunakan bilik media yang mana hasilnya video Bapa Saudara Yuhaizad  tentang penipuan Yuhaizad dan juga skandal PKR dapat dirakam dengan sempurna. Panglima juga sempat bertemu dengan Datuk Syed Akhbar Ali dan sekalung ucapan syabas kepada beliau atas kejayaan ini.

Blogger yang bersama Panglima siang dan malam seperti Waadat, Badut Rakyat, Malay Delima dan 1Peluru serta Facebooker Suara Dari Bumi,  yang datang membantu PMM tetap bekerja keras sebagai sebuah pasukan. Masing-masing menjalankan kerja masing-masing. Begitu juga bantuan di hari-hari terakhir mengundi dari Unit Media Umno Pusat di mana Saudara Razman dan 6 kawan-kawan kita sanggup hadir dan tidur bersama kami di sini,  maka pukulan terakhir pasukan media baru kita  dapat dibuat dengan lebih mantap dan sempurna. Mereka datang tanpa dijanjikan apa-apa dan buat kerja dengan penuh semangat sebagai pejuang. Mereka sangat profesional dan tidak perlu diungkapkan di sini apa yang mereka lakukan demi agama bangsa dan negara kita kerana kesulitannya.

Maka dalam hal ini tidak ada berlaku apa jua kekeliruan dan jika ada ia perlu diselidik kebenarannya bukan terus ditohmah tanpa sebarang penelitian yang mendalam. Tulisan yang terburu-buru menuduh pihak sana atau pihak sini melambangkan kredibiliti penulisnya yang emosi dan tidak berpijak pada fakta yang sebenar. Panglima dapat melihat bagaimana jika pasukan ini bergabung meskipun berbeza medan siber dan juga jawatan untuk memenangkan BN maka tidak akan ada sesiapa yang mampu melawannya. Berkat  keikhlasan yang tinggi untuk memenangkan BN lebih utama dari segala-galanya. Namun jika pasukan ini bertelagah sesama sendiri tentu BN akan hancur dari dalam sebelum musuh memusnahkannya.

Orang ikhlas berjuang Allah akan tambah keberkatan umur,rezeki, iman dan juga amalnya. Mari kita buang kekeliruan dan kekalkan perpaduan untuk PRU akan datang. Bekerjalah kita demi membela agama, bangsa dan negara.

Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

2 ulasan:

Jeepers Creepers berkata...

apalah nak jadi..masih bergaduh sesama sendiri huhuhu..nasib baik kita menang..harap lain kali tak terjadi lagi hal macam ni.

RR berkata...

nasib baik la tuan panglima datang bleh buat planning best2 sikit unt bantu kemenangan di merlimau! kalo tak kami blogger2 nyamuk 2-3 kerat kat sini terkontang kanting la hehee!

apapun facebookers PMM pun memang hebat & sporting... krisis dalaman diketepikan demi perjuangan parti!

yg mengarut bagi pendapat kat blog berdasarkan hear-say sebelah pihak & tak tahu menahupun kisah sebenar harap akan menulis lebih ikhlas & tanpa bias lepas ni demi perjuangan bersama... alif,ba,ta!

Cari Blog Ini

Translate