Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Mac 2011

Roslan Ahmad Angkat Sumpah Hari Ini !

MELAKA - Roslan Ahmad Isnin mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka (Adun) kawasan Merlimau.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Othman Muhammad Majlis tersebut diadakan di dalam Dewan Undangan Negeri sebelum Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob merasmikan persidangan penggal keempat DUN Melaka kali ke-12.

Turut menyaksikan acara itu ialah Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali.

Rustam Roslan, 44, selaku calon Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil kawasan DUN Merlimau semalam dengan menewaskan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38. Dengan kemenangan Roslan yang juga Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Jasin, BN mengekalkan 23 kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka. Lima lagi kerusi diduduki wakil DAP.

Dewan turut merakamkan penghargaan dan menyampaikan bacaan Al-Fatihah kepada mantan DUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidir Abdullah yang meninggal dunia 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

BERNAMA

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate