Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Mac 2011

RM 76.2 Bilion + RM 14 Bilion - Berapa Jawapannya ?

Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 


Pinjaman RM6.8 bilion kepada kakitangan kerajaan
09/03/2011 3:37pm



CYBERJAYA 9 Mac - Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan dijangka mengagihkan pinjaman berjumlah RM6.8 bilion kepada kakitangan kerajaan tahun ini.

"Ia lebih tinggi berbanding tahun lepas sebanyak RM5.9 bilion, berikutan kenaikan dalam saiz maksimum pinjaman perumahan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini,” kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein kepada pemberita di sini.

Kerajaan telah menyemak semula struktur pinjaman berkuat kuasa 1 Januari 2011 dengan pertambahan 15 peratus dalam jumlah pinjaman maksimum kepada RM450,000 daripada RM360,000.


Sejak diperkenalkan, bahagian itu telah mengagihkan lebih RM76.2 bilion pinjaman kepada 975,549 kakitangan kerajaan. - Bernama




Subsidi minyak akan ditambah RM4 bilion lagi


09/03/2011 5:17pm


KUALA LUMPUR 9 Mac - Kerajaan dijangka menambah subsidi sebanyak RM4 bilion sekiranya harga minyak global kekal tinggi melebihi AS$100 setong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia merupakan tambahan kepada RM10 bilion yang diperuntukan kerajaan pada masa ini. - Utusan



Panglima : Jika RM 14 Bilion Dijimatkan separuh daripadanya dengan menaikkan harga minyak sedikit agar perbelanjaan Kerajaan dapat dijimatkan, selain mengurangkan pembaziran dalam majlis dan keraian agensi kerajaan maka banyak bilion dapat diguna untuk kebajikan rakyat.

Kalau ada peruntukan kadar 10% = RM 1.4 juta dari jumlah tersebut untuk bloggers buat kerja lawan Fuckatan Rakyat, pun dah lebih dari cukup untuk kelengkapan bersenjata alam siber. Tetapi tidak tahulah jika 'tangki minyak' terlalu besar dan cepat kering minyak maka duit berpuluh juta pun tidak mencukupi. Kesian UMB kekeringan dana untuk bantu penerangan kendalikan perang alam maya.


Kesimpulannya : rakyat juga boleh berbakti kepada negara dengan mengeluarkan sedikit wang tambahan untuk tampung kenaikan harga minyak, selepas segala usaha menemui jalan bantu. Rakyat kita ramai yang pandai bersyukur pasti mereka akan pulangkan sebahagian nikmat yang diperolehi itu kepada Kerajaan. Orang bersyukur tentu akan bertambah harta, kawan, ilmu, iman dan juga rezeki.

Terima kasih Kerajaan kerana peruntuk RM 90.2 bilion untuk kami sebagai rakyat jelata !!!


Apa komen anda?

1 ulasan:

Unknown berkata...

subsidi diperlukan untuk yang memerlukan seperti orang yang miskin. kalau dah pendapatan beratus ribu, seliter minyak RM 10 dia tak kisah

Cari Blog Ini

Translate