Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Mac 2011

Gempar : AIDC Menulis Anwar Akui Tidak Berseorangan Ketika 'Menyerang' Saiful ?






Imej seorang lelaki yang didakwa 'Lelaki Y' sedang memasuki lif di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008

AIDCNews – 08/03/11 – Ketika imej ‘Lelaki Y’ ditayangkan di mahkamah, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak begitu selesa dengan imej lelaki itu.

Kenapa Anwar melenting dengan imej lelaki yang dikesan dari dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu ?


Imej seorang lelaki yang memakai baju putih dan seluar hitam dirakam ketika sedang memasuki lif di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Lelaki ini juga turut didakwa sebagai ‘Lelaki Y’ itu sedang membawa beg kertas (paper bag) di tangan kanan manakala memegang kertas dan baju kot di tangan kiri.


Menyedari foto imej ‘Lelaki Y’ mula tersebar dan diperkatakan, Anwar menghantar mesej di facebook dan twitter untuk meredakan spekulasi itu dengan menyorot kepada sudut lain dan bukannya fokus kepada imej ‘Lelaki Y’ itu.

“Mahkamah CCTV : apa isunya ? Memang saya hadir bersama Prof Ariff, Nik Mahmud dan 7 orang yang lain. Yang dihebah hanya 2 orang. Apa dakwa ala mubarak ?”, kata Anwar.

Itu hanya sekeping foto telah membuatkan Anwar membuka rahsia-rahsia lain yang selama ini disembunyikan. Berkesan sungguh imej CCTV itu yang membuatkan Anwar terpaksa membuka mulut.

Secara tersirat jawapan Anwar ini adalah satu pengesahan bahawa beliau mengakui kehadirannya di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Adakah ini juga bermakna Anwar dalam bahasa halusnya mengakui imej lelaki itu yang sedang memasuki lif itu adalah ‘Lelaki Y’, yakni dirinya sendiri ?

Secara tidak sengaja Anwar mendedahkan identiti dua lelaki lain iaitu Prof Ariff (Prof Dr Mohamed Ariff, Pengarah Eksekutif MIER) dan Nik Mahmud (Nik Mahmud Nik Hassan, bekas Pengerusi PKR Kelantan, saudara mara kepada Nik Nazmi ?), tetapi Anwar sendiri masih merahsia 7 identiti lain.

Siapakah mereka ? Kenapa identiti mereka dirahsiakan ?

Persoalan paling asas, apakah motif, Anwar mendedahkan 2 penama itu dan 7 identiti yang dirahsia itu ? Adakah bermaksud Anwar cuba pre-emptive (doktrin yang popular digunakan oleh Paul Wolfowitz) peminat twitternya bahawa beliau mempunyai alibi ?

Kalau sudah ada alibi, kenapa tidak gunakan hujah itu semasa percubaannya tiga kali untuk menggugurkan kes ? Klik di sini

Dalam menghadapi prosiding kes liwat ini, Anwar banyak melakukan doktrin pre-emptive (menyerang dahulu, sebelum diserang). Ketika masih dalam siasatan polis, Anwar guna laporan doktor Pusrawi. Ketika Mohd Saiful beri keterangan, Anwar guna hujah tiga laporan doktor. Ketika doktor-doktor Hospital kerajaan beri keterangan, Anwar terbitkan dokumen kononnya pemalsuan dokumen DNA.

Ketika pakar DNA beri keterangan, Anwar akan soal DNA di luar lokasi penetrasi dengan dakwaan bahawa terdapat 10 DNA di badan mangsa. Klik di sini.

Ketika 4 bukti di lokap dibangkitkan di mahkamah, Anwar pohon pula perbicaraan dalam perbicaraan berkenaan penahanannya. Dan ketika rakaman CCTV dibuktikan imej Lelaki Y dan Mohd Saiful, Anwar terus dedah pula 9 identiti lain.

Itulah taktik pre-emptive yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai. Taktik Anwar adalah mengelirukan, daripada satu benda yang bersifat spesifik kepada satu sifat umum.

Misalnya dalam kes CCTV, daripada tuduhan spesifik iaitu berlakukan kejadian sodomi di “Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008″, akan dikelirukan Anwar pada jangka waktu lain, sama ada sebelum atau selepas waktu yang dispesifik itu.

Prof. Ariff dan Nik Mahmud bersama 7 identiti yang dirahsiakan itu berada dalam waktu mana ? Tetapi cara gambaran Anwar seolah-olah menjadikan kesembilan-sembilan rakan Anwar itu berada dalam waktu yang sama seperti didakwa.

Menyusul lanjut



Panglima : DNA ada 10 dan Anwar akui ada bersamanya 10 orang di tempat kejadian 'liwatan' Saiful. Adakah mereka beramai-ramai 'mengerjakan' Saiful ??? 


Rahsia makin besar nampaknya akan terbongkar. Lalu MR Poooosingh telah pooosing kepada kaedah DNA diambil bukan persamaan DNA yang diambil dari ANwar dan yang ditemui pada 'tempat liwatan' beliau. 

Sepandai-pandai Anwar dan Karpal Poooosing Akhirnya Terjatuh di Lubang Jua !!!




Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate