Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 Mac 2011

DS ZAHID HAMIDI : AMARAN KEPADA PEMBANGKANG !!!




Jangan bincang, politik keupayaan ATM - Zahid Hamidi


21/03/2011 6:42pm

KUALA LUMPUR 21 Mac - Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa soal kesiapsiagaan dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak boleh dibincangkan atau dipolimikkan, termasuk di Parlimen.

Beliau berkata, walaupun anggota Parlimen mempunyai imuniti dan kekebalan untuk bertanya apa sahaja di Dewan Rakyat, namun soal keupayaan ATM tidak boleh dikompromi dan dibincangkan secara terbuka.

Menggulung perbahasan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat, di sini, hari ini, Ahmad Zahid turut menegaskan semua anggota Parlimen tanpa mengira parti harus berpendirian bahawa soal rahsia ketenteraan tidak boleh dipolitikkan bagi keselamatan negara.

Membidas beberapa anggota Parlimen pembangkang yang sering membangkitkan isu-isu kesiapsiagaan ketenteraan di Dewan Rakyat, khususnya Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), Ahmad Zahid berkata, soal kerahsiaan negara seharusnya dipertahankan oleh semua, sama ada penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

"Kalau kita setia kepada negara kita, kita boleh berbeza pada pendapat lain tapi soal kesiapsiagaan, dan keupayaan (ketenteraan) jangan bincangkan,” katanya yang bersetuju dengan pandangan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) bahawa pembangkang sengaja mempolitikkan soal pertahanan negara. - Bernama


http://utusan.com.my


Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate