Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Februari 2011

Kemaskini : Propaganda Barat Burukkan Pemimpin Islam Mesir - Hosni Mubarak !


 



Tanda soal yang diguna menunjukkan ketidakpastian data yang diguna. Adakah kerna enggan letak jawatan maka Hosni cuba diaibkan sedemikian rupa?



Propaganda ini yang disebar agensi berita antarabangsa barat dan disiar kembali oleh media massa kita, jelas untuk memburukkan nama baik Presiden Hosni Mubarak.




Panglima sedar taktik yang sama diguna untuk memburukkan Tun Mahathir sebelum ini dan dalam masa yang sama mengangkat pilihan mereka seperti Anwar.



Soalnya sekarang sangat jelas bahawa siapa yang anti Barat akan dihina sebegini dan siapa sahaja yang sanggup jadi barua mereka tentu akan dipopularkan seluruh dunia.



Mereka ini adalah ' dajal ' versi moden yang harus kita sedar. Kemerosotan ekonomi ditentukan oleh 'dajal' ini dan kita tahu selama ini negara tidak tunduk kepada mereka seperti Iraq dan Mesir telah diketepikan peluang mengecap kemakmuran ekonomi.



Sebab itu 40 peratus rakyat mesir dari 80 juta rakyatnya berpendapatan bawah USD 2 sehari.



Sebab itu Qatar dan Kuwait makmur dan moden kerana dibantu 'dajal' sehingga padang pasir pun bertukar padang hijau.



Sokong Mubarak dan hancurkan proksi Dajal di mana sahaja !


Cerita lanjut tentang Dajal klik sini http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=1&t=9433&start=0&st=0&sk=t&sd=a#p181688


Sent from my iPhone

2 ulasan:

Nasionalis1982 berkata...

mesir akan hancur kerana rakyatnya sendiri. kita di Malaysia boleh ambil iktibar.

thegabenor berkata...

Salam. Saya tidak tahu di mana kejujuran atau sejauh mana saudara mengenal Hosni Mubarak sehingga begitu 'suci' pujian saudara pada Hosni Mubarak. Saya 'mengenali' Hosni Mubarak melalui saudara saya yang masing-masing belajar di Mansurah dan Zagzig dalam bidang perubatan. Menurut mereka, melalui keluarga angkat mereka di sana, rasa 'amat tidak suka' kepada Hosni Mubarak selalu lahir, pengalaman menjadi keluarga angkat rakyat Mesir menjadikan mereka turut serta 'TIDAK SUKA' akan pemimpin yang namanya Hosni Mubarak. Saya turut 'mengenali' Orang yang namanya Hosni Mubarak ini melalui tulisan Ustaz Zaharuddin dan Saiful Islam. Yang saya kenal Hosni Mubarak, dia tidak jauh berbeza dengan mantan presiden Tunisia yang turut tumbang dek kemarahan rakyatnya. (Saya teringat kata2 saudara saya dulu, Gaza taklah jauh dari sini (Mansurah) tapi, akak tak dapat pegi, Hosni tu tutup pintu sempadan).
Pelik juga bila saudara mengatakan 'Soalnya sekarang sangat jelas bahawa siapa yang anti Barat akan dihina sebegini dan siapa sahaja yang sanggup jadi barua mereka tentu akan dipopularkan seluruh dunia'
-bukankah Hosni Mubarak itu agak erat persahabatannya dengan Barat?

Cari Blog Ini

Translate