Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Februari 2011

Kemaskini : Sidang Media Ahli Parlimen Bebas Datuk Zahrain Sempena Setahun Keluar PKR !


Datuk Zahrain Mohd Hashim memulakan sidang medianya dengan bersyukur kpd Tuhan kerana mengubah pendirian beliau untuk berani keluar tinggalkan PKR.

Beliau menegaskan tindakannya keluar PKR bukan kerana wang atau imbuhan tetapi kerana sebab pembohongan PKR kepada rakyat.

Beliau sifatkan ia keputusan sangat berani beliau lakukan dalam hidupnya.

Datuk Zahrain adalah MP pertama yg keluar PKR dan mengakui merasa agak sunyi pada awalnya.




Beliau turut dimaki dalam Facebook sejurus keluar parti hingga mengalami fobia kerana diserang bertubi-tubi oleh fanatik PKR.

Hingga kini Yb merasa belum lagi bersedia untuk membuka Facebook beliau kesan serangan penyokong PKR sebelum ini.

Beliau turut mengimbas kembali detik keruntuhan PKR dimana seorang demi seorang meninggalkan Anwar seperti Dr Chandra Muzaffar dan yang terkini Datuk Zaid Ibrahim

Namun beliau kecewa kerana ahli PKR masih belum sedar lagi perkara ini

Beliau sangat bersyukur kerana diberi petunjuk oleh Allah untuk buat keputusan yg tepat iaitu turut keluar meninggalkan PKR.

Meskipun ia sangat berat kerana memerlukan ketabahan dan keberanian untuk lakukannya memandangkan beliau Ahli Parlimen pertama yang meninggalkan Pakatan Rakyat.

Setakat ini, tegas beliau tanggungjawab sebagai ahli Parlimen masih dapat dijalankan dengan baik.

Isu yang penting perlu dinilai oleh rakyat ialah prestasi beliau sebagai Ahli Parlimen. Bukan sebab beliau meninggalkan parti.

Beliau juga berikrar akan buktikan bahawa Anwar Ibrahim tidak layak jadi PM dan beliau akan menghalangnya.

Beliau bukan menjadi ahli Parlimen bebas bukan semata-mata untuk menyokong BN tetapi mendedahkan pembohongan Anwar dan Pakatan Rakyat.

Ketika menjawab soalan yang ditanya oleh blogger beliau menjelaskan pembohongan PKR paling besar ialah peralihan kerajaan pada 16 September.

Yang lain ialah pendedahan YB Zulkifli Nordin bahawa PKR sengaja mencipta fitnah berhubung akuan bersumpah untuk memburukkan Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah.

Menjawab soalan yang diajukan beliau juga memberitahu bahawa penyokong PKR masih lagi menyokong Anwar kerana menganggap Umno lagi teruk berbanding PKR.

Meskipun mereka sedar pembohongan demi pembohongan telah dibuat oleh Anwar dan pemimpin PKR yang lain.

Anwar pandai menggunakan perkataan 'fitnah' untuk menutup segala kerosakan dan kesilapan beliau sehingga menimbulkan simpati rakyat.

Selain itu ketika menjawab soalan bloggers lain beliau mendedahkan Anwar pandai memperalatkan ahli parti sehingga mampu menggunakan tenaga mereka tanpa menggunakan sepenuhnya wang yang dimiliki.

Kemewahan Anwar dapat dilihat dimana beliau mempunyai pengawal peribadi yang mengiringi beliau dan selalu keluar negeri dan Yb Zahrain yakin Anwar memiliki banyak wang.

Menjawab soalan wartawan Yb menegaskan beliau mahu pembohongan Anwar yang terlalu kemaruk mahu jadi Perdana Menteri didedahkan dan mahu bantuan rakan media dan bloggers turut membantu.

Selain itu Yb Zahrain turut memberitahu Anwar sanggup buat apa sahaja demi Azmin. Buktinya ramai ahli setia PKR yang ada potensi jadi pemimpin parti seperti Ezam yang sanggup dipenjara demi perjuangan, disingkirkan untuk memberi laluan selesa kepada Azmin.

Akhir sekali Datuk Zahrain mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua bloggers dan media yang menyokongnya selama ini.

Live from Restoran Rebung Jalan Maarof Bangsar Kuala Lumpur.


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate