Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Februari 2011

Edisi Antarabangsa : Hosni Mubarak Yang Diserang Wahabi, Syiah dan Barat !!!


File:Hosni Mubarak ritratto.jpg

  1. Hosni Mubarak adalah Sunni bahkan dari keluarga Sayyid (link sini). Beliau berasal dari Munufiyyah satu tempat yang melahirkan ramai tokoh terkenal Mesir.
  2. Mesir disebut dua kali dalam Al Quran dan ramai keluarga Nabi saw meninggal di Mesir. Kelebihan Mesir sila baca di sini
  3. Presiden Mesir Hosni Mubarak dilaporkan BBC terselamat dari cubaan bunuh sebanyak 6 kali dan menggantikan Anwar Sadat sebagai Presiden selepas Anwar dibunuh. Ulama termasuk ahli Sufi di Mesir menerima kepimpinan Hosni Mubarak bahkan ketegasan pemerintahan beliau telah berjaya memberi keamanan dan kestabilan kepada negera berjumlah 80 juta rakyatnya itu.
  4. Beliau dimusuhi Hizbullah ( Syiah )kerana menahan tahanan Syiah.Di sana ada akta seperti ISA yang membolehkan tahanan tanpa bicara dilakukan. Selepas rusuhan meletus Syiah yang ditahan telah melarikan diri dari Mesir seperti siaran berita Syiah ABNA ( link sini )
  5. Ikhwanulmuslimin atau Muslim Brotherhood yang menyebar Wahabi di Mesir juga menentang beliau. Bahkan tindakan membuat huru-hara di Mesir disokong oleh IM atau MB seperti link di sini
  6. Pada 2009 usaha kuasa asing mahu menjatuhkan Mesir telah didedahkan oleh beliau (klik sini) dan hari ini ia benar-benar berlaku. Jika benar Hosni Mubarak proksi Amerika tentu tidak ada serangan ke atas beliau samada fizikal atau mental.
  7. El Baradei yang menentang Hosni Mubarak lah yang sebenarnya menjadi proksi Amerika. Beliau dikenali liberal dan sekular serta mempunyai anak gadis yang tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar.
  8. Namun kerosakan moral beliau seolah-olah tidak menjadi perkara yang besar untuk rakyat Mesir di sana. Tidak ubah seperti pemimpin pembangkang negara kita yang dipalit tuduhan liwat tetapi tetap ada penyokong setianya. Sila baca bukti El Baradei ada kaitan dengan Anwar dan Amerika / Yahudi di sini , sini dan sini
  9. Rusuhan yang berlaku memberi keuntungan berganda kepada Amerika dan Yahudi ekoran kenaikan harga minyak. Terutama George Soros. Perkara yang akan membantu Amerika menambahkan pendapatannya. Selama ini setiap kali berlaku kekecohan yang rugi ialah umat Islam dan untung puak kafir yang mahu memusnahkan Islam.




Kesimpulannya : kenapa banyak berita Barat menerusi AFP, Reuters, CNN yang masuk dalam minda kita? Boleh percayakah kita kepada sumber berita mereka ? Fitnah dilontarkan sehingga ke peringkat kekayaan beliau dikatakan melebih Bill Gates seperti link ini

Kedudukan Mesir juga dilabel teruk dari aspek ranking rasuah. Perkara ini juga permainan barat di dalam memberi persepsi negatif kepada negara yang tidak mahu mengikut jejak langkah mereka.

Hati hatilah dan moga kita tidak terkena tipu dan 'kencing' spekulator Barat musuh Islam yang mahu melihat kebangkitan Islam di Timur dan Barat akan gagal dengan cara 'terkutuk' ini.

Perubahan pimpinan di negara Islam tidak semestinya menguntungkan rakyat bahkan dalam banyak kes terbukti menghancurkan lagi kehidupan rakyat yang sedia ada aman dan harmoni.

Cukuplah Iraq menjadi 'korban' terbaik kepada sejarah Islam moden ini.




Jangan disangka juga pertubuhan atau nama parti guna nama Islam bukan proksi Amerika / CIA kerana itulah taktik di Mesir dan Malaysia juga sejak dulu hingga sekarang.


Wallahu A'lam





Hosni bersama Muamar Gadafi Presiden Libya


Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam.. satu sisi pandang yang menarik..

Cuma saya nak bertanya..

Kalau Hosni bukan proksi Amerika, kenapa sempadan Rafah ditutup? Buka pun hanya sekejap, kemudian tutup lagi untuk jangka waktu yang lama.. Di sini nampak seolah-olah Mesir tak nak bantu Palestin sebaliknya menyokong Israel..

Bagi saya, Hosni, ElBaradei, Ikhwanul Muslimin, semua pun tak boleh pakai..

Minta pandangan tuan.. terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Sokong masterfaiz.....tolong jelaskan..

Cari Blog Ini

Translate