Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Januari 2011

Sah Menteri Besar dan Exconya Derhaka Kepada Sultan Selangor - Perkataan, Perbuatan & Tulisan !!!

Krisis Istana vs Menteri Besar semakin meruncing apabila satu persatu kenyataan akhbar dikeluarkan oleh kedua belah pihak.

Pihak Istana yang mengeluarkan titah Sultan melalui Setiausaha Sulit Baginda telah dituduh membuat kenyataan mengikut selera sendiri oleh pihak MB demi memburukkannya sehingga Sultan bertitah semalam melahirkan kekesalan apabila titah baginda telah dimanipulasi pihak tertentu. .

MB Khalid nampaknya masih lagi enggan menerima sepenuh hati SUK baru Datuk Muhd Khusrin walaupun turut hadir majlis angkat sumpah beliau bersama para Exco beliau sekelas memberitahu akan memboikot majlis tersebut dan dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri taat setia kepada baginda Sultan.


Hipokrit mereka telah dilaporkan oleh Malaysiakini yang sememangnya pro pembangkang yang berbunyi : 

" kerajaan negeri tidak akan membenarkan Khusrin mengangkat sumpah kerahsian, dan oleh itu tidak membolehkan beliau menghadiri mesyuarat exco negeri."


Tidak cukup dengan itu MB Khalid dilaporkan dengan jelas melanggar titah Sultan dan layak dipanggil penderhaka :

"(Sama ada) sebarang resolusi dan rang undang-undang perlu dipersembahkan pada Sultan, jawapannya tidak."

Bukankah Sultan sudah mengeluarkan arahan agar ia dibentangkan kepada baginda terlebih dahulu ?

Biadap betul MB Khalid dan tidak peliklah jika Adun Srimuda pun turut mengecam Sultan Selangor dalam hal yang sama. Sehingga 9 Orang Besar Daerah Selangor pun turut sama membuat laporan polis terhadap beliau.

Jarang benar pihak yang berkecuali seperti Orang Besar Daerah melibatkan diri dalam hal politik tetapi apabila sudah sampai peringkat menuduh Sultan memihak kepada UMNO dan tidak memberi kerjasama kepada Pakatan maka mereka tahu ini satu perkara yang serius dan perlu ditangani dengan segera. Sebab itulah laporan polis itu dibuat oleh mereka.

Khalid nampak gayanya masih berdegil tidak mahu menerima calon yang diperkenankan oleh Sultan Selangor apabila melarang beliau untuk mengikut mesyuarat Exco Negeri dengan menghalang Khusrin untuk mengangkat sumpah taat setia.

kerajaan negeri tidak akan membenarkan Khusrin mengangkat sumpah kerahsian, dan oleh itu tidak membolehkan beliau menghadiri mesyuarat exco negeri."



Kenapa beliau sangat takut jika SUK ini mengetahui rahsia kerajaan negeri ? Adakah penyelewengan yang berlaku begitu besar sehingga sanggup menderhaka kepada Sultan demi menutup korupsi seperti perlombongan pasir haram di Selangor ?


'Penderhakaan' ini turut diikuti oleh Exco beliau yang menghantar sms kepada ahli PAS ( blog Unspinners ) seperti berikut :

"Salam jihad kpd semua mujahid dan.mujahidah.Kami, MB dan semua EXCO terpaksa attend function Istana pagi ini pkl 10pg kerana UMNO mahu menggunakn taktik kami sembah derhaka utk ambil alih kerajaan Sgor spt modus oprandi Perak kalau kami tak pg. Minta semua solat hajat dan doa utk mengatasi kuasa rakus mereka ini jazakumullah. kami dah cuba mmpertahankn krajaan ni selama ini. kami perlu bantuan anda smua. maaf kami tak larat laku smua. Dr.Halimah"

Selepas mereka semua terpaksa menelan kesilapan Khalid yang enggan mengikut majlis angkat sumpah di Istana maka sms di atas dihantar demi memulihkan maruah mereka yang jelas sudah pun derhaka kepada Sultan apabila tidak menerima calon pilihan baginda.


Kesimpulannya :

Sesiapa bersubahat dengan Khalid Ibrahim di dalam melanggar titah baginda adalah DERHAKA !!!

Sesiapa yang menyokong mereka di alam nyata atau alam siber juga (walau dengan satu huruf ) adalah DERHAKA !!!

Siapa yang gagal menghalang mereka walaupun mampu juga boleh dianggap bersubahat kepada PENDERHAKA !!!


Lihat golongan penderhaka dari Pakatan yang tidak serik menderhaka di Perak dan kini mahu mengulanginya sekali lagi di Selangor ! 

Lihat Ronnie Liu dalam video di bawah seperti terdesak semasa Sidang Akhbar dengan memegang tangannya seperti ketakutan segala rahsia mereka akan terbongkar jika SUK baru turut hadir dalam mesyuarat Exco. 

Panglima yakin bukan setakat rahsia korek pasir tetapi rahsia yang lain juga pasti terbongkar jika SUK yang tegas lagi ikhlas seperti Datuk Muhd Khusrin menyertai mesyuarat mereka.



 


Baca juga kritikan Blogger Hambali terhadap kekebebalan Khalid Ibrahim memahami undang-undang dan sikap PAS yang menuduh Umno punca kekalutan di sini http://hambali1.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate