Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Januari 2011

Reaksi PM Kemenangan Besar BN di PRK Tenang Dari Abu Dhabi

Kemenangan jadi perangsang - PM

ABU DHABI 30 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini meneruskan momentum kejayaan parti itu dalam pilihan raya-pilihan raya kecil sebelum ini.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada pengundi, Perdana Menteri berkata, momentum kejayaan yang ditunjukkan di DUN Tenang berterusan selepas BN mencapai kemenangan di DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah pada November lalu.

''Ia membuktikan kejayaan BN dalam pilihan raya kecil kebelakangan ini bukanlah kejayaan sementara atau sekelip mata tetapi mampu diterjemahkan di tiga buah negeri yang berasingan.

''Semua ini menunjukkan trend peningkatan sokongan kepada BN termasuk sebelumnya di Parlimen Hulu Selangor boleh dikatakan semakin menyeluruh dan mantap," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama wartawan Malaysia, di sini hari ini.

Najib mengulas kejayaan calon BN di DUN Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim yang menewaskan calon Pas, Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi pada pengundian yang dijalankan hari ini.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, walaupun peratusan keluar mengundi menurun berikutan banjir yang melanda namun beliau berharap kejayaan tersebut dijadikan dorongan merangsangkan BN di negeri-negeri lain bagi membuat persediaan untuk membolehkan kejayaan lebih besar dicapai.

''Walaupun kita menghadapi tentangan agak hebat di DUN Tenang daripada jentera pembangkang tetapi segala isu yang dilemparkan oleh mereka tidak diterima oleh pengundi.

''Sebaliknya pengundi membuat keputusan yang bijak dan matang bahawa apa yang mereka penting ialah masa depan kawasan dan negara pada keseluruhan, ini jelas menunjukkan tahap keyakinan mereka kepada BN semakin kukuh dan meningkat.

''Ia memberikan kita semangat untuk bekerja lebih gigih lagi untuk kepentingan rakyat. Saya selalu menekankan bahawa apa yang kita lakukan mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan apabila kita mendahulukan kepentingan rakyat, mereka akan membalas balik usaha berkenaan dengan memberi sokongan yang lebih padu kepada BN," katanya.

Beliau berkata, BN akan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di DUN Tenang termasuk undi-undi yang telah diperolehi sama ada di peti undi pengundi Melayu, Cina dan India.

Najib juga mengucapkan tahniah kepada semua pemimpin dan jentera BN terutamanya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada sayap-sayap UMNO dan sahabat BN seperti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Makkal Sakhti dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut membantu kejayaan BN. - utusan


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm


Sent from my iPad

4 ulasan:

Mohd berkata...

Di PRU13 nanti BN letaklah calon Melayu di kawasan majoriti Melayu. Letaklah Cina di kawasan majoriti Cina.
Sebab nampaknya kaum Cina sudah sepakat utk memenangkan PR supaya mereka boleh berkuasa penuh spt yg berlaku di Penang dan Selangor.
PAS haruslah bertekad utk bergabung dgn UMNO utk mengujudkan Kerajaan Perpaduan utk suvival kaum Melayu di masa depan.

Panglima Perang Cyber berkata...

cadangan sgt bagus...harap PM akan baca mesej anda nanti

fiq berkata...

Tahniah dan terima kasih juga kepada Blogger2 yang berdiri teguh dibelakang Kepimpinan Negara yang turut menyumbang kemenangan yang besar ini kepada BN.

Panglima Perang Cyber berkata...

FIQ- ITU TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI PAHLAWAN SIBER.


HARAP ALLAH MENERIMANYA SEBAGAI AMALAN BAIK UNTUK AKHIRAT SANA.

Cari Blog Ini

Translate