Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Januari 2011

Lee Kuan Yuew Bantu Anwar Pakatan di Tenang?



1. Mungkin dirancang atau secara kebetulan, tiba-tiba meletup isu Menteri Mentor kepada PAS dan DAP? menggalakkan umat islam melonggarkan amalan mereka demi perpaduan di Singapura. Sesuai dengan proses demokrasi di Tenang, kita tidak dapat mengelak membicarakannya. Ikhlas atau tidak respon harus segera diberi.

2. Tentunya reaksi kita akan menentang kenyataan biadab Lee Kuan Yew itu. PAS melalui Nik Aziz menyokong kenyataan Menteri Mentor PAS dan DAP itu. Ikhlaskah beliau berbuat begitu atau semata-mata DEMI UNDI? DAP seperti biasa akan diam membisu dalam isu membabitkan Lee Kuan Yew, namun penyokong nombor wahid LKY.

3. Dalam diam, DAP membangkitkan kemarahan kaum Cina kerana orang Islam Malaysia telah menghina Lee Kuan Yew. Kenyataan Nik Aziz diguna sebagai senjata memujuk kaum Cina mengekalkan undi mereka kepada PAS. Ingat! BN kalah di 4 peti undi bandar yang diwakili kaum Cina di Tenang pada 2008, manakala menang 8 di kawasan luarbandar melayu.

4. Tidakkah ini mengiyakan dakwaan wujud kerjasama langsung PAP di Singapura dan DAP di MAlaysia, manakala PAS pula hanya dipermainkan dalam gabungan dengan taktik halus dan 'berseni' DAP itu. Maka benarlah juga dakwaan bahawa mengundi PAS itu adalah mengundi DAP. Manakala PKR berperanan sebagai orang tengah dalam hubungan PAS-DAP ini.

5. Sudah terang lagi bersuluh! Masyarakat harus bijak menilai, slogan 'Membangun Bersama Islam PAS' kini hanya terletak di tayar-tayar buruk yang dicat hijau putih serta diletakkan di tepi-tepi jalan sahaja. PAS kini semakin teruja dengan 'umpan' kuasa yang dijanjikan oleh AnWAR dan DAP dalam gabungan mereka.

6. Ternyata di sebalik dakwaan angkuh Kuan Yew itu, beliau akan menggunakan apa sahaja ruang untuk memperlekehkan melayu-islam di Malaysia. Bagi mengukuhkan cita-citanya, beliau menggunakan sekutunya di negara ini. Taktik mereka secara halus menggunakan orang melayu-islam sendiri bagi mengelirukan masyarakat melayu-islam yang akhirnya menjuruskan perpecahan di kalangan umat Islam negara ini, dan akhirnya, siapa yang untung dari perpecahan ini.....

Sekian




tulisan : x-PKR
http://x-pkr.blogspot.com/2011/01/kuan-yew-bantu-pas-di-tenang-anwar.html

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

4 ulasan:

C L J berkata...

Kenapa Panglima; orang Cina di Malaysia ni marah ka kalau kita marah dan menegor Lee Kuan Yew yang membuat kenyataan mengancam kedudukan pegangan orang Melayu terhadap ugama Islam ?? Pelek tuuu ...

Dan takkanlah Pas dan Nik Aziz boleh sokong pula permintaan Lee Kwan Yew supaya orang melayu melonggarkan sedikit pegangan terhadap Ugama Islam ???? Pelek juga tuuuu.

Panglima Perang Cyber berkata...

akhir zaman banyak benda pelik berlaku hehe...mari kita bersatu demi alif ba ta


takbirrrr Allahu Akbar

Unknown berkata...

Apa nak jadi kepada UMNO, kini UMNO sudah nampak sangat tidak di terima oleh kaum cina. Ini terbukti apabila lambang parti UMNO sudah tidak kelihatan lagi di PRK DUN Tenang.

Kelemahan UMNO sudah semakin jelas, hinggakan terpaksa turunkan bendera nya dan arahkan parti lawan(PR) cuma boleh naikkan lambang parti yang bertanding sahaja.

Unknown berkata...

Apa nak jadi kepada UMNO, kini UMNO sudah nampak sangat tidak di terima oleh kaum cina. Ini terbukti apabila lambang parti UMNO sudah tidak kelihatan lagi di PRK DUN Tenang.

Kelemahan UMNO sudah semakin jelas, hinggakan terpaksa turunkan bendera nya dan arahkan parti lawan(PR) cuma boleh naikkan lambang parti yang bertanding sahaja.

Cari Blog Ini

Translate