Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Januari 2011

Versi Kemaskini : Blogger Aduka Taruna Dipukul di Rusila dan Khalid Samad lagi besar derhaka tuduh YDP Agong diperguna !!!

Perpaduan Islam antara dua parti terkuat di Malaysia mungkin sedang dijadikan antara penyelesaian kepada konflik dalaman politik negara kita khasnya dalam Pakatan Rakyat hari ini.

Pakatan yang tidak pernah berdaftar dan tidak ada 'sijil kelahiran' itu nampaknya makin haru biru dan bergoyang serta retak sana sini. Terbaru di Sabah pemimpin PKR iaitu Jeffry Kitingan sudah mengumumkan keluar parti bersama pengikutnya.

Maka usaha telah dibuat pada peringkat pertama ke arah itu selepas PRU 12 dan ia gagal kerana ada orang tidak mampu menyimpan rahsia sehingga ia telah terbocor lebih awal. Pertemuan di Jalan Bellamy telah diketahui umum sehingga ia terpaksa ditunda hingga ke hari ini.

Namun panggilan YDP Agong menjemput kedua pemimpin utama kedua belah parti dari Umno dan Pas bertemu, telah menjadi titik baru untuk 'kalimah perpaduan' yang mana buat pertama kalinya ia turut dihadiri oleh penentang perpaduan utama selama ini , Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat.


Meskipun agak malu-malu mengakui jemputan makan bersama YDP Agong tetapi ia disahkan oleh beliau sendiri dan juga diakui oleh Hj Hadi selaku Presiden PAS. Pertemuan tersebut telah berlangsung di Istana Terengganu, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.


Namun agak mengecewakan kita ialah sikap YB Shah Alam Khalid Samad yang menuduh Umno menggunakan YDP Agong  sebagai alat kepada keuntungan politiknya. Sedangkan Nik Aziz sendiri meminta perkara tersebut tidak dipolitikkan atau dikaitkan antara Istana dengan Umno. Seperti kenyataaan beliau di sini http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com/

Sungguh hina tuduhan tersebut !!!

Jika dosa Khalid Ibrahim derhaka kepada Sultan Selangor adalah besar maka dosa derhaka kepada YDP Agong lagi besar kerana kedudukan YDP Agong sendiri adalah paling tinggi dalam hieraki negara. Maka tindakan beliau menuduh YDP Agong diperguna oleh UMNO adalah SANGAT SANGAT BIADAP DAN KESAT SERTA JELAS MENGHINA BAGINDA !!!

Jangan lupa beliau juga antara geng Erdogan dan yang pertama kalangan ahli PAS yang berceramah di gereja sebelum diikuti Dr Mujahid Rawa... Sila baca kenyataan beliau tersebut di sini http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com/ 

Dengan berbagai bagai skandal yang telah terbongkar hari ini seperti kes calon di Galas serta terbaru skandal khalwat Adun Selinsing maka ia barangkali telah membuatkan kepala otak pemimpin PAS kembali berfikir untuk berbincang kembali soal perpaduan Melayu Islam di negara kita. Kerana pengundi Melayu yang selama ini menjadi 'hard-core' PAS telah ragu dengan perjuangan Islam PAS yang dilihat sekarang sudah menjadi perjuangan Malaysian Malaysia DAP.

Seperti titah Sultan Selangor yang berbunyi : perpecahan boleh menghalang kemajuan ; maka perpaduan perlu dibina segera demi memulihkan ekonomi dan mengangkat tahap pencapaiannya ke mercu dunia.

Jika tidak kita sekadar berkata-kata tanpa mencari jalan mengotakan kata-kata kita yang mahukan kemajuan menjadi matlamat pembangunan negara.

Usaha 'langgar hadi' yang dipopularkan tagline ini oleh Aduka Taruna ( baca : blogger penderhaka Sultan Johor ) sekali lagi bermula apabila perundingan perpaduan dimulakan kembali dan terbaru beliau telah dibelasah di Masjid Rusila.

Khabarnya beliau cuba menemuramah Hj Hadi tetapi tidak dilayan kerana Hj Hadi tahu beliau bukan boleh dipercaya. Lalu beliau telah kurang ajar di sana dan telah diajar oleh pemuda Rusila.

Panglima melihat AT ( aduka taruna ) ini tidak ubah seperti blogger yang diupah untuk menjatuhkan Hj Hadi yang cenderung untuk menamatkan konflik puluhan tahun antara PAS dan UMNO.

Beliau yang dibantu blogger Erdogan lain seperti Tulang Besi adalah jelas pro Anwar yang bencikan UMNO tahap 'binatang'

Kebencian inilah yang telah menjangkiti Nik Aziz Nik Mat sehingga membela sepenuh hari Anwar Ibrahim  walau bergelar 'bekas banduan' dan sah dikaitkan dengan liwat dan salah guna kuasa pada kes pertama dulu dan menentang sepenuh hati juga perpaduan Islam antara UMNO dan PAS.

Maka usaha ini tidak lebih kepada usaha terancang menjatuhkan Hj Hadi demi menghalang perpaduan Islam dan menghalang Malaysia mengatasi mana -mana negara di Asia dan Dunia.

Punca kegemilangan Islam hingga menguasai 2/3 dunia satu ketika dulu adalah kerana perpaduan Ansar dan Muhajirin.

Dengan berkat kepimpinan Baginda s.a.w.


Maka apa perlu kita lakukan melihat gerak geri Aduka ini ?


Pertahankan sesiapa yang mahukan perdamaian dan musnahkan siapa yang mahukan perpecahan.



ni aduka taruna ? 





Baca link berkaitan :



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate