Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Januari 2011

Anwar LKS sabotaj Calon PAS Cikgu Normala dan Sah Mazlan Aliman Tidak Layak Jadi Calon PRK Tenang !!!


Calon PAS sudah diumumkan semalam di mana seorang Cikgu bernama Normala yang merupakan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor. Normala Sudirman diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.




Pengumuman telah dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, Labis semalam.

Calon PAS N5 PRK Tenang yang berusia 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau anak jati Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Fakta yang dipetik dari Tranungkite (klik sini) jelas menunjukkan PAS terpaksa memilih wanita untuk menggantikan calon yang diminta oleh kita Mazlan Aliman yang gigih menubuhkan ANAK dan BAPAK untuk menyerang Felda, selepas menyedari sokongan pengundi peneroka Felda di PRK Hulu Selangor sebelum ini tidak memihak kepada mereka.

Faktor lokasi yang meliputi kawasan Felda di Hulu Selangor dan majoritinya penduduk Melayu tidak berjaya digula-gulakan dengan isu-isu Felda kerana kepantasana jentera Kerajaan dan BN menangkis serangan menyebabkan mereka gagal menabur fitnah menghasut peneroka agar menolak calon Kerajaan.

Kesia Mazlan Aliman yang kempunan nak merasa jadi YB. Beliau tentu akan merajuk lepas ni. Tak percaya sila tunggu pengumuman Mazlan keluar parti hehehe...

Calon PAS digelar Cikgu Normala ini mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Ini bermakna sebelum meletakkan jawatan beliau adalah penjawat awam menjadi cikgu. Namun atas keperihatinan Kerajaan Malaysia calon PAS ini tidak pernah dibuang walaupun jelas Kerajaan tahu beliau adalah aktivis tegar PAS sejak 1997 sebelum berhenti 2010 ( 13 tahun makan gaji). Jika gajinya RM2500 sebulan didarab 12 bulan x 13 tahun maka jumlahnya ialah RM 390,000... 

Bayangkan betapa banyaknya duit Kerajaan beri dan bayangkan juga berapa banyak sumpah seranahnya kepada Kerajaan yang berjasa memberinya 'kehidupan' termasuk kepada anak dan keluarga beliau. Sedangkan Kerajaan tahu beliau adalah aktivis PAS dan mustahil jika Kerajaan tidak tahu ! Namun Kerajaan tetap baik dari dulu hingga sekarang kerana itu ramai Cikgu PAS masih mengajar dan dibayar gaji dengan baik walaupun menyokong PAS dan menghina Kerajaan.

Namun adakah beliau dibuang atau diberhentikan gaji satu sen pun ? Kerajaan BN memang baik dan menggunakan pendekatan berdasarkan sunnah Nabi di dalam mengambil hati penentangnya.

Yang ingin dijelaskan di sini ialah calon PAS nampaknya seperti tidak direstui Anwar dan Lim Kit Siang. Buktinya mereka tidak pula menyiarkan berita calon PAS di blog masing-masing.

Sedangkan dalam masa yang sama blog-blog lain sudah pun menyiarkan berita Calon PAS seperti http://malaysiaberih.blogspot.com  http://darisungaiderhaka.blogspot.com/ dan 

Adakah ini kebetulan apabila Anwar dan Lim Kit Siang, pemimpin besar PKR dan DAP tidak mempromosi calon Pakatan Rakyat sedangkan jelas Cikgu Normala berucap dalam video yang disebarkan bahawa beliau berharap kemenangannya akan menguatkan Pakatan Rakyat di Malaysia !

Apakah ada satu usaha terancang lagi tersusun untuk memastikan PAS kalah di PRK Tenang dan menjatuhkan Hj Hadi Awang yang sudah digemparkan bersama Nik Aziz bertemu Ydp Agong bersama PM dan TPM ?

Semua tahu bagaimana Anwar seorang pemarah dan beliau pasti tidak akan duduk diam melihat bagaimana kawannya dalam Pakatan sudah mula 'duduk renggang-renggang' sedangkan beliau masih lagi belum mencapai kuasa menjadi Perdana Menteri.

Apatah lagi dengan serangan 'nyamuk' yang kuat menggigitnya hingga merah sana sini maka ia akan menambahkan lagi tekanan Anwar dan sekaligus merisaukan Lim Kit Siang.

Biasanya apabila soal pengundi hantu dibangkitkan ia petanda peluang pembangkang untuk menang adalah tipis. Dalam hal ini Panglima tidak pasti kenapa blog PKR menimbulkan soal pengundi hantu lebih awal lagi seperti di sini http://mimpi-senja.blogspot.com/2011/01/prk-tenang-percubaan-menipu-ada.html


Panglima tidak menipu dan sila lihat bukti di bawah dan fikirkanlah :


3 ulasan:

blogenstarz berkata...

Normala ni kalau dia ikhlas .... dia akan menjadi guru tadika PAS saja.
Selama ini dia makan gaji buta.

Dia mengiggit tuannya yang lama selepas mendapat tuan yang baru !

miji berkata...

Penjawat awam boleh sokong kerajaan saja ke? pikiran lapuk.. akal kampung.. dia kerja mendidik,.. gaji kerajaan bagi.. duit kerajaan datang dari mana.. ko inagan bapak rosmah punya duit ke?? orang UMNO akal kayu.. atas sempit.. makcik2 kampung boleh la ko tipu.. duit kerajaan bayar gajo bukan duit mak bapak umNO..

munada berkata...

rezeki datang dari Allah.. memg taggungjawab kerajaan untuk memberi gaji sbagai wasilah drpada Allah ta'ala.. .tak kira parti mana pon.asal namanya kerajaan ...kalau tak zalim nama nya.. . cuma nk tnya.. slama ni awat nya rami sangt tk ikut perintah Allah.. solat taknak.. tutup aurat taknak.. ikut islam scara kseluruhan taknak.. hakikatnya,, nyawa Allah y bg,, rzeki Allah bg,, udara air,, dan macam2 lg.. Allah yng berikan.. so nk jawab apa?? awatnya ramai lg dok jd hamba yng DERHAKA.. ???? SIAPA YANG BERIKAN REZEKI???? ALLAH TA'ALA JAWAPNNYA

Cari Blog Ini

Translate