YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
28 Februari 2010
Edisi Gempak : Video KJ berceramah isu Royalti Minyak Sempena Lawatan Nizar Ke Negeri Pimpinan Nik Aziz Nik Mat
27 Februari 2010
Edisi Khas : Video Cuba Burukkan Polis Diraja Malaysia !!
Edisi Petang : Kisah Barua Lee Kuan Yuew Mahu Ku Li berpisah dari Umno !
Najib is setting the stage for drastic action by UMNO against Tengku Razaleigh
26 Februari 2010
Edisi Khas : Selamat Menyambut Maulid Nur Seluruh Alam Saiyidina Muhammad s.a.w !!!
Prof Dr Ali Jum’ah iaitu Mufti Mesir menjawab begini :
Telah menjadi kebolehan (keharusan) dan tradisi di kalangan salafussoleh sejak abad ke 4 dan ke 5 merayakan peringatan maulid nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam yang agung. Mereka menghidupkan malam maulid dengan pelbagai ketaatan dan ibadah pendekatan kepada Allah seperti memberi makan fakir miskin, membaca al Quran, berzikir, melantunkan puisi-puisi dan puji-pujian tentang rasuluLlah. Hal ini ditegaskan oleh sebilangan ulama seperti : Al Hafizh Ibnu Jauzi, Al Hafizh Ibnu Katsir, Al Hafizh Ibnu Dihyah, al Hafizh Al Hebatusi, Al Hafizh Ibnu Hajar dan Penutup Huffazh (para penghafaz hadith dalam jumlah yang sangat banyak) Jalaluddin Al Suyuthi.
Dalam kitab al Madkhal, Ibnu Hajj menjelaskan dengan panjang lebar tentang keutamaan yang berkaitan dengan perayaan ini dan dia mengemukakan huraian penuh manfaat yang membuat lapang hati orang yang beriman.
Imam Jalaluddin al Suyuthi dalam bukunya ‘Husnul Maqshid fi Amalil Maulid’ memberikan penjelasan tentang Maulid Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam :
Menurutku, bahawa hukum dasar kegiatan maulid yang berupa berkumpulnya orang-orang yang banyak, membaca beberapa ayat-ayat al Quran, menyampaikan khabar-khabar yang diriwayatkan tentang awal perjalanan hidup Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam dan tanda-tanda kebesaran yang terjadi pada waktu kelahiran Baginda, kemudian dihidangkan makanan untuk mereka dan emreka pun makan bersama, lalu mereka pun berangkat pulang, tanpa ada tambahan kegiatan lain. Adalah termasuk bid’ah hasanah dan diberikan pahala bagi orang yang melakukannya. Imam para hafizh Abu Fadhl Ibnu Hajar telah menjelaskan dasar hukumnya sunnah.
Imam Abu Syamah berkata :
Suatu hal yang baik ialah apa yang dibuat pada tiap-tiap tahun bersetuju dengan hari maulud Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam memberi sedekah, membuat kebajikan, maka hal itu selain berbuat baik bagi fakir miskin, juga mengingatkan kita untuk mengasihi junjungan kita Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam membesarkan beliau, dan syukur kepada Tuhan atas kurniaanNya, yang telah mengirim seorang Rasul yang dirasulkan untuk kebahagiaan seluruh makhluk
(I’anatut Tholibin, juzu’ III, halaman 364) – Imam Abu Syamah adalah seorang ulamak besar Mazhab Syafie dan merupakan guru kepada Imam An Nawawi.
Ya Allah jadikanlah kami senantiasa menyintai Nabi Muhammad sallaLLahu ‘alaihi wasallam
Sumber rujukan :
1. Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor
2. K.H Sirajuddin Abbas, 40 Masalah Agama, Pustaka Aman Press, Kelantan, Malaysia
3. As Shiekh al Hafiz Abu al Fadl AbduLlah al Siddiq al Ghumari, Makna Sebenar Bid'ah Satu Penjelasan Rapi, Cetakan 2007, Middle East Global (M) Sdn. Bhd, Selangor.
4. Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, Salah Faham Terhadap Bid'ah, al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu'man, 2002, Kuala Lumpur
Sumber : Http://jarumemas.blogspot.
19 Februari 2010
Edisi Hangat : Nik Aziz akui sudah 20 tahun tak buat Majlis Perarakan Maulid Nabi
17 Februari 2010
Edisi Maulid : Group Bantah Nik Aziz Sudah Sedia Disertai Anda Yang Cintakan Nabi dan Ahli Bait !
Edisi Liwat : Anwar Ibrahim memang hebat kerana dibela oleh tokoh Yahudi @ Pejuang Gay dari Australia !!!
15 Februari 2010
14 Februari 2010
Edisi Kelantan : Selamat Bercuti Raya Cina dan Panglima di Kota Bharu pulang bertemu keluarga !
Kisah 1
Semalam Panglima menghabiskan 12 jam untuk pulang ke kampung. Jalan jem bermula selepas tol KARAK hinggalah sampai tol keluar KARAK.Jalan menjadi tiga lorong. Kelajuan sekadar 10 hingga 20 km sejam.
Ketika sampai di Kuala Krai jam 8 malam sekali lagi jalan 'tersumbat' tetapi kehadiran pihak polis telah melancarkan kembali jalan hingga masalah 'jem' dapat diselesaikan dengan berkesan.
Perjalanan jauh sangat memenatkan tetapi dengan kegembiraan bertemu ibubapa dan adik beradik menjadikannya tidak menjadi satu masalah yang besar..
Panglima niatkan moga kepenatan menempuh perjalanan jauh untuk menziarahi ibubapa akan menjadi amalan soleh yang disukai Allah. Melihat wajah ibubapa memang disediakan pahala seperti juga melihat wajah Ahlullah (wali Allah)
Selamat Tahun Baru Cina kepada pembaca blog Panglima jika ada. Atau selamat bercuti Tahun Baru Cina kepada semua.
Ok, stop dulu sebab nak sarapan dengan nasi kerabu yang tak ada seumpamanya di Kuala Lumpur.
Jika tak ada aral cadang nak jumpa bloggers Kelantan seperti Pak Mie..
bye.
13 Februari 2010
Edisi Kemenangan : Seorang lagi Yb PKR tinggalkan Anwar demi untuk rakyat !!!
‘‘Saya tidak mahu sejarah menghukum saya kerana tidak berbuat apa-apa dalam berdepan dengan keadaan tersebut.
‘‘Saya tidak mahu generasi akan datang melihat saya sebagai sebahagian daripada gerombolan yang menjahanamkan dan merosakkan negara, bangsa dan agama saya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tidak kira beliau ditawarkan apa apa atau tidak, ia bukan menjadi persoalan kepada saya. Dalam politik jika seseorang mendapati tawaran di parti sebelah lawan lebih menarik maka tentu ia akan diambil tanpa berfikir panjang.
Jangan salah sangka kerana tawaran tidak semestinya duit. Ia boleh jadi tawaran menjaga kepentingan rakyat semua bangsa khasnya Melayu yang tidak mampu dibuat dan dilaksana dengan baik oleh Lim Guan Eng.
Satu persatu gerai rakyat Pulau Pinang dirobohkan dan kita tidak melihat ia satu tindakan yang sihat dalam menjana keamanan dan kestabilan di sana.
Bayangkan jika perasaan tidak puas hati di hati mangsa kezaliman Kerajaan Pulau Pinang bangkit dan membuat sesuatu yang di luar undang-undang maka apakah yang akan berlaku ?
Ketika Lim Guan Eng masih lagi enak di banglo mewahnya, dan ketika slogan ingin mencontohi Khalifah Umar Ab Aziz sudah dilupakan, satu lagi perkara tidak waras dibuat oleh beliau. Yang tidak dibuat oleh bangsa Cina yang berada dalam Barisan Nasional.
LGE melarang perarakan turun temurun rakyat Pulau Pinang berbangsa Melayu menyambut Maulidur Rasul ( klik sini ). Jika perkara ini mahu dipraktikkan maka LGE kena halang dan larang juga perarakan bangsa lain di sana. Semestinya rakyat tidak mengira fahaman politik akan bangkit dalam hal ini kerana tindakan LGE sudah melampau batas hingga menghalang ritual paling besar dalam Islam iaitu Maulidur Rasul.
Kalau tidak kerana Rasulullah pasti tidak kita kenal Allah. Jika tidak kerana Rasulullah pasti kita tidak mengetahui tauhid sebenar kepadaNYA. Maka menyambut Maulid tokoh terhebat pernah dilahirkan dalam sejarah dunia adalah perkara paling besar dalam kalendar umat Islam.
Jangan lupa juga bahawa sebelum Lim Guan Eng, sudah ada manusia di Kelantan mengharamkannya sejak mengambil alih Kerajaan Kelantan.
Namanya Nik Aziz Nik Mat......
Mari lihat kenyataan penuh video YB Bayan Baru Zaharin Hashim mengumumkan keluar PKR