Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Disember 2010

BPN MASIH ADA DAN AKAN TERUSKAN PERJUANGAN !!!






Posting blog Gelombang Rakyat bertajuk:Perlu lagi ke Blogger Pembela Negara? Pada Jumaat 10 Disember 2010 adalah dirujuk

Saya menunggu jika ada sahabat-sahabat lain yang memberikan tindak balas terhadap posting berkenaan dan akhirnya saya dapati tidak ada. Mungkin kerana terlepas pandang isu ini atau menganggap ini isu picisan yang tidak perlu diambil tindakan.

Atas dasar itu, maka saya perlu tampil menjawab atas kapasiti seorang antara peneraju BPN ini.

Saya telah menulis 2 posting yang ada kaitan dengan isu ini; (klik) PRO KERAJAAN MENGUASAI BLOG, MANA UMNO SEBENAR? dan MENGIMBAU KENANGAN – BLOGGER PEMBELA NEGARA

BPN masih ujud namun atas beberapa sebab sudah kelihatan tidak gagah seperti dahulu. Blogger-blogger baru telah mengambil tempat mengisi barisan perjuangan ini dan kami yang 'usang' ini, secara keseluruhannya lebih banyak memberi sokongan dari belakang. Alasan utama adalah terpaksa memberikan komitmen kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian yang mengatasi segalanya.

Ada beberap blogger terus tenggelam, antaranya 'Ayor Lemuju' yang sudah setahun tidak lagi 'update' postingnya. Bagaimanapun kebanyakan yang lain masih menulis, …'jarang-jarang' dan 'kadang-kadang'. Tetapi tidak dapat dinafikan bahawa masih ada antaranya yang mash benar-benar kuat dan aktif, 'Papa Gomo' adalah antara yang boleh dijadikan contoh kekuatan semangat juang blogger ahli BPN ini.

Parpukari aka 'House of PK' dan 'Taipingmali' sudah meninggalkan BPN mengikut haluannya sendiri, namun masih aktif dah bahkan sangat membanggakan kerana berada diatas diantara 100 blogger di-'ranking' alexa.

Sebelum posting blog 'Gelombang Rakyat' lagi, kami sebenarnya sudah merapatkan semula saf. Beberapa siri perbincangan telah diadakan dan kamin telah membuat beberapa persetujuan untuk mengangkat semula BPN. Bukan kerana kami sendiri, tetapi kerana perjuangan ini yang perlu diteruskan. Bebarapa pendekatan baharu akan dipraktikan antaranya akan lebih memberi tumpuan kepada blogger baharu untuk bernaung dibawah lambang BPN bagi melonjakkan mereka.

Memang dulu BPN digeruni oleh blogger lawan. Berjaya menghancurkan dominasi blogger pro pembangkang didalam media sosial. Bahkan masa kini pun bayangan BPN masih jadi igauan mereka.

Dakwaan bahawa BPN menyokong KJ atau pun sesiapa adalah tidak berasas. Kami sebagai satu pasukan tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dan membuat sebarang ketetapan untuk menyokong seseorang. Jikapun ada sokongan yang diberikan, itu adalah bersifat peribadi, dan sifat itu adalah semuajadi. Sesiapa boleh cenderung dan menyokong sesiapa dalam BPN, tetapi sebagai satu pasukan kami masih bebas dan berkecuali.

Gelombang Rakyat berpendapat BPN masih diperlukan, dan memang pun kita sedang dalam usaha untuk bergerak aktif semula. Dengan cara dan strategi baharu. Pandangan Gelombang Rakyat tetap akan diambil kira. Bagaimanapun selain dari meningkatkan dan menggalakan penulisan diblog-blog ahli, tumpuan akan diberikan juga kepada sembang di laman facebook. Bahkan chatting di chatroll BPN akan dihangatkan kembali. Disitulah dulunya gelanggan tempat kita berhujah dan memberikan pandangan dan pendapat.

Bukan hanya blogger baru yang masih mengingati BPN mahukan kami kembali, sebenarnya kami pun ingin juga. Justru kita menyeru kepada semua yang masih bersemangat untuk melangkah kearah itu. Kita berkumpul semula pada setiap malam Sabtu jam 10.00 malam diruang sembang YM. Sesiapa yang masih belum 'add' sebagai 'friend', sila hubungi mana-mana AMT BPN untuk di'add' kan bagi membolehkan bersama menyertai sembang BPN berkenaan.

BPN membuka pintu seluas-luasnya kepada semua yang berminat dan bersemangat. Yang bertujuan untuk membangunkan dan bukan untuk menghancurkan kerana perjuangan ini adalah untuk agama, bangsa dan tanahair.


Nota:

Tulisan ini bukanlah kenyataan resmi BPN, ianya adalah pandangan saya peribadi selaku salah seorang pendukung dan AMT BPN yang peka terhadap sebarang isu berkaitan BPN.

9 ulasan:

Amir Izzat berkata...

Assalamualaikum Panglime perang. kalau sy nak join BPN boleh tak? dulu, tahun 2008 ketika sy mula 'menjumpai' internet.blog panglima perangn BPN selalu juga sy kunjungi.tetapi selepas 3 tahun..BPN terus senyap... kalau boleh, sy nak sertai korang.

boleh kan? berjuang ntuk negara. terima kasih.

blogenstarz berkata...

Yo
Smart idea
Words is ez if mouth shut up !

Wake UP! berkata...

Bloger baru mungkin memerlukan sedikit motivasi untuk meneruskan perjuangan.

Komunikasi sesama bloger pro BN haruslah dipereratkan.

Live in a zoo Namewee.

Tanpa Nama berkata...

Salam Panglima.

Kami berpendapat BPN masih dirasai walaupun ramai yang beranggapan BPN kononya terkubur, bagi kami Parpu dan sekutunya mempergunakan BPN dengan tujuan kepentingan sendiri

Mustahil jika beliau tidak mengakuinya, inilah kebenarannya. Senario di sini agak berbeza dimana kami lihat BPN paling kukuh menyatukan para bloggers negeri, malah kelonggaran UMB lansung tidak meyakinkan bila sekarang dilihat lebih kepada kumpulan-kumpulan kecil yang duduk dibawah pentabir maupun pemimpin-pemimpin yang menyelarasnya

Bagaimana pun tahniah kepada BPN yang sebenarnya dirasai dengan lebih ikhlas tanpa mevari keuntungan menyebabkan kita melihat kebanyakan ahli BPN tidak mahu jadi seperti Bloggers MENCARI UNTUNG.
Kami Percaya sedikit masa lagi Zaman kebangkitan BPN akan bermula Insyallah!

Pemuda TG berkata...

Full support...BPN

Mohon d link ke blog Tuan

d berkata...

SYABAS BUAT BLOGGER PEMBELA NEGARA...

Saya memang sengaja mengeluarkan artikel tersebut sebagai peransang buat blogger2 BPN untuk terus berusaha memperkasa organisasi ini.

Saya akan sentiasa menyokong usaha BPN...

SYABAS PANGLIMA PERANG CYBER..


Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

kinta menjerit, kau jangan asyik nak attack paru je, kami tau kau diupah Nizam Isa untuk balun parpu, tak lama lagi semua cerita korang kat perak tu akan dibongkar. Panglima, BPN memang dilihat ada link dengan KJ sebabnya ramai bloggers KJ dalam BPN satu masa dulu. ianya bukanlah satu fitnah, ada asasnya. lihat saja kinta menjerit ni, tak pasal2 sesiapa yang tak sokong kj akan dikata mereka semua bloggers yang mencari duit. hakikatnya bloggers pro kj yang dibayar - tak lama lagi kami akan bongkarkan.

Siapa kami? kami adalah kumpulah yang akan selamatkan malaysia

bRAVEhEART berkata...

Salam tuan,
Terima kasih kerana mengangkat sekali lagi posting saya disini dan jadikannya suara resmi BPN ~ Hidup BPN!!

Tanpa Nama berkata...

sekarang ni blogger cari makan bro,
tak caya tanya gomo.

Cari Blog Ini

Translate