Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 November 2010

Yb Zul Kulim Dicerca Bila Tempelak YB Pas Pertahan Pelajar Islam Yang Dirotan Bawa Makanan Haram @ Babi !!!

Baca dulu berita Malaysiakini di bawah :

Ahli parlimen PAS Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad hari ini diarahkan keluar dari Dewan Rakyat kerana menimbulkan ketegangan berhubung identiti seorang pelajar lelaki yang dirotan kerana membawa nasi dengan daging khinzir goreng dan sosej yang tidak halal.

Dzulkefly (kanan) yang berang dengan hujah yang ditimbulkan oleh Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) bahawa bapa budak berkenaan beragama Islam.
Justeru, “tidak wajar” bagi seseorang Islam membawa makanan “haram” ke sekolah.

“Jika bapa budak itu beragama Islam, maka sewajarnya budak itu juga semestinya beragama Islam,” kata Zulkifli.

Namun, menurut Dzulkefly, isu yang dibangkitkan bukan berhubung indentiti agama pelajar berkenaan tetapi tindakan pihak sekolah yang menghukum budak lelaki itu dengan merotannya.





Zulkifli kemudian berkata "inilah PAS menggalakkan anak Muslim makan babi".
Kenyataan itu telah mencetuskan ketegangan di Dewan Rakyat dengan Dzulkefly terus membidasnya dengan berkata: "Inilah amalan agama yang paling sempit".
Meskipun diarahkan oleh timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Jaafar, supaya berhenti bertengkar dan duduk, namun Dzulkefly terus membidas bekas ahli parlimen PKR.

Wan Junaidi kemudian mengarahkan supaya Dzulkefly keluar dewan sehingga waktu makan tengahari berahir pada jam 2.30 petang ini.


http://malaysiakini.com/news/147799




Selepas itu fahami isi artikel tersebut.


Adakah anda bersetuju PAS sudah liberal apabila tergamak mempertahankan pelajar Islam makan babi dan mengkritik tindakan sekolah merotannya ?

Adakah PAS sudah terlalu kemaruk dengan kuasa sehingga sanggup meraih sokongan politik dengan membela isu makanan haram jenis babi atau nama arabnya khinzir ?


Adakah ini yang dikehendaki oleh PAS atau orang yang memusuhi Islam dengan cara melagakan PAS dengan parti Islam yang lain ?

Baca kejatuhan PKR agar diambil iktibar oleh PAS apabila PKR ternyata tidak ikhlas dalam soal demokrasi seperti kenyataan Datuk Zaid dan Mustafa Kamil di bawah.

Cukuplah menjadi puak tunggangan DAP selama ini di mana mereka makin kuat dan parti Melayu PAS PKR makin hari makin berkurangan sokongan dan makin tenggelam...




Baca juga artikel bertajuk Setiausaha Perhubungan PKR Sabah turut sahkan letak jawatan

dan desakan agar Anwar dan Azmin berundur!


MUSTAFFA Kamil   (kiri) dan   Zaid   menunjukkan memorandum mendesak  Anwar  dan   Mohamed Azmin   supaya berundur  pada sidang media di kediaman  Zaid di Kuala Lumpur,    semalam.
MUSTAFFA Kamil (kiri) dan Zaid menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Mohamed Azmin supaya berundur pada sidang media di kediaman Zaid di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: Selepas membuat kejutan dengan meletak semua jawatannya dan menarik diri daripada bertanding Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), kelmarin, Datuk Zaid Ibrahim semalam secara terbuka pula menggesa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presidennya, Mohamed Azmin Ali, berundur kerana kedua-duanya didakwa menjadi punca segala masalah dalam parti itu. 
Dalam pada itu, Setiausaha Perhubungan PKR Sabah, Mursalim Tanjul, turut mengesahkan meletak jawatannya yang dipegang sejak kira-kira setahun lalu. 
Mursalim ketika dihubungi Berita Harian semalam, berkata pemberitahuan rasmi secara bertulis berhubung tindakannya itu akan dihantar ke pejabat Perhubungan PKR negeri dan Pusat dalam masa dua tiga hari lagi.

Ditanya sebab beliau meletak jawatan, Mursalim yang juga Ketua Cabang PKR Kudat memberi alasan mahu memberi tumpuan terhadap perniagaannya. Beliau bagaimanapun, mengakui campur tangan Anwar yang banyak berlaku sehingga ke peringkat akar umbi menyebabkan parti kini porak peranda.

“Bagi saya sebagai pemimpin dia (Anwar) kena ikhlas, jujur dan telus.
Sekarang dia banyak campur tangan, itu yang berlaku, dia tidak seharusnya berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, Zaid pada sidang media di kediamannya di sini, semalam, menjelaskan perubahan kepemimpinan dalam PKR perlu dilakukan segera bagi memastikan parti itu terus relevan dalam politik negara.

“Bukan kita tidak hargai pemimpin macam Anwar, kita hargai, tapi masa sudah berubah, masalah sekarang sudah berbeza. Jika PKR mahu bergerak ke depan, Anwar dan Azmin mesti pergi sebab mereka punca kepada semua masalah.

“Anwar banyak sangat isu peribadi, begitu juga Azmin, mereka perlu diketepikan. Kita tidak harus ada pemimpin yang lemah, yang asyik menyalahkan orang lain... 16 September (hasrat PKR ambil alih kerajaan) gagal, kita salahkan Barisan Nasional (BN). Kita tewas di Perak, kita juga salahkan BN, anggota Parlimen kita lompat parti, kita salahkan BN, sudah tiba masanya kita mesti akui kita lemah.

“Hakikatnya kita tidak dapat menganjurkan satu pemilihan parti yang baik, menunjukkan bahawa kita lemah. Saya mohon maaf kerana cakap ini, tetapi inilah masalahnya yang hendak saya luahkan.

“Saya harap penyelesaian baru yang lebih radikal ini dapat mengubah parti dalam memperjuangkan masa depan yang lebih baik untuk rakyat,” katanya.

Zaid berkata, PKR perlu membuat perubahan kepemimpinannya supaya dapat bergerak ke depan, terutama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Perlu ada fokus baru, kepemimpinan baru. Anwar sebagai ketua umum gagal memastikan parti bersatu. Pakatan Rakyat tidak akan berkembang dengan Anwar sebagai terajunya,” katanya.

Ditanya sama ada pemimpin pakatan pembangkang dapat menerima pandangannya supaya Anwar dan Azmin berundur, Zaid berkata:

“Saya cuma cakap bagi diri saya, saya tidak boleh kerja dalam sistem yang ada hari ini, ini tak ada kena mengena dengan PAS atau DAP, mereka mahu Anwar pimpin mereka, itu hak mereka, tapi saya cakap hak saya.

“Jika semua anggota parti tidak menerima apa yang saya suarakan ini, saya akan fikirkan pilihan lain,” katanya.

Ditanya siapa calon yang sesuai untuk menerajui PKR jika Anwar dan Azmin berundur, Zaid secara berseloroh berkata beliau boleh menjadi pemimpin yang baik, tetapi terpulang kepada rakyat menentukannya.

Zaid turut mendakwa Azmin tidak layak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR kerana terbabit dengan penipuan dan penyelewengan pada pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti yang sedang berlangsung.

“Saya fikir Azmin hendaklah dilucutkan kelayakannya (bertanding Timbalan Presiden PKR) kerana anda tidak boleh, kalau di cabang itu yang tidak memihak kepadanya, maka disuruh cabang itu bermesyuarat semula. Orang yang menyalahgunakan kuasa mesti dilucutkan kelayakan," katanya.

Ditanya mengenai tahap kepincangan dalam parti itu, khususnya pada pemilihan MPP, Zaid berkata: “Saya fikir ramai yang kecewa, bukan saya dan Mustaffa Kamil saja, semua calon yang disenaraikan dalam pemilihan kecewa, tapi apa yang mereka boleh lakukan.”

Zaid juga menafikan dakwaan Anwar bahawa beliau menarik diri daripada bertanding dan melepaskan semua jawatan dalam PKR kerana tidak menerima undi yang banyak di Sabah.

“Tak betul saya bangkitkan perkara ketidaktelusan ini selepas saya kalah undi di Sabah. Perkara ini saya bangkitkan lama dulu,” katanya.

Zaid turut menegaskan beliau tidak akan keluar daripada PKR dan bersedia menyerahkan bukti berhubung kepincangan dalam proses pemilihan seperti yang dicabar Anwar.

“Kalau ikut tidak perlu tunjuk bukti sebab semua tahu, ahli dan calon, tapi kalau saya kena buktikan, saya akan beri pada badan bebas, kalau itu tidak mencukupi terpulang sebab yang tidak puas hati ini bukan saya seorang, semua kecuali Azmin, takkan kita nak reka cerita, Anwar kena hadapi masalah ini,” katanya.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Anwar_Azminmestiberundur/Article/

1 ulasan:

Bingai @ Bangang berkata...

Dah ramai ke orang PAS yang dah kena kangkang babi hingga buta mata dan hati?

1. Sekolah bantuan penuh kerajaan mempunyai majoriti pelajar Islam termasuk Cina Muslim dan India Muslim. Ini bermakna tindakan pelajar tersebut boleh menyinggung maka adalah tanggungjawab guru memberikan pengajaran.

2. Bapa pelajar tersebut yang dikatakan Islam mungkin Islam celup sahaja sehingga makanan yang tidak halal berada di rumah dan dibawa ke sekolah. Ketidakmampuan bapa pelajar mendidik anaknya telah disambut oleh guru.

3. Tindakan membawa makanan tidak halal ke sekolah boleh menyebabkan makanan tersebut diedar atau dikongsi oleh pelajar Islam lain.

Siapa yang sebenarnya Politik Sekerat Agama Sekerat?

Aku Yang Bingai
Politik: Antara Zaid, PakLah, Tun Ghafar dan Ku Li

Cari Blog Ini

Translate