Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 November 2010

Yayasan Selangor Mula Dirompak Penyangak Pakatan Rakyat !!! Sebarkannn

Skandal Selangor (1): Yayasan Selangor Dirompak (I)

Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga hari ini masih mendakwa kerajaannya sebuah kerajaan yang telus, mengamalkan pentadbiran yang terbaik dan tiada salah guna kuasa serta penyelewengan biarpun telah dua kali mengalami Bajet Defisit. Namun di sebalik retorik dan kebijaksanaan perhubungan awam mereka, cerita-cerita di dalam kelambu mula terbongkar dan menunjukkan kerakusan mereka dalam memfaraid harta benda kerajaan negeri.

Dari isu lembu korban, "tinted" kereta peribadi sehinggalah kepada isu pasir, surat sokongan dan perlindungan eksklusif kepada kumpulan usahawan haram seperti rumah urut, spa, pusat permainan video dan pusat perjudian video.

Terbaru, Yayasan Selangor yang merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk memajukan pendidikan anak-anak negeri Selangor turut menjadi mangsa perompakan dan salah guna kuasa secara terang-terangan.

Menurut maklumat yang diterima, Yayasan Selangor telah membayar bonus kepada semua Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya yang merupakan satu kesalahan di bawah memorandum penubuhan Yayasan Selangor. Menurut M&A Yayasan Selangor,

6.The income and property of the Yayasan whencesoever derived shall be applied solely towards the promotion of the objects of the Yayasan as set forth in this Memorandum of Association and no portion thereof shall be paid or transferred directly or indirectly, by way of dividend, bonus, or otherwise howsoever by way of profit, to the members of the Yayasan. PROVIDED that nothing herein shall prevent the payment, in good faith, of remuneration to any officer or servant of the Yayasan or to any member of the Yayasan, in return for any professional services rendered to the Yayasan, nor prevent the payment of interest at the current bank rate on any loan advanced by members of the Yayasan to promote the objects thereof or reasonable and proper rent for premises demised or let by any member to the Yayasan; but that no member of the Yayasan or any office of the Yayasan paid by fees, and that no remuneration or other benefit in money or money's worth shall be given by the Yayasan to any member of the Board except repayment of out-of-pocket expenses and interest at the rate aforesaid on money lent, or in respect of professional services or reasonable and proper rent for premises demised or let to the Yayasan as foresaid.

Namun ini tidak diambil peduli oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dan konco-konconya dengan memberi bonus sebanyak RM 5000.00 kepada semua Lembaga Pengarah termasuk Tan Sri Khalid Sendiri. Pengurus Besar Yayasan Ilham Marzuki turut menerima bonus tersebut selain menerima bonus sebagai Pengurus Besar sebanyak RM 5, 990.86 biarpun secara kelaziman perkhidmatan kerajaan beliau tidak layak menerima bonus kerana berkhidmat tidak sampai setahun.

Oleh kerana Yayasan Selangor bukan merupakan organisasi berasaskan keuntungan, Kerajaan Negeri sebelum ini hanya memberi bonus kepada kakitangannya mengikut pemberian bonus kerajaan. Malangnya bagi menganugerahkan konco-konco Pakatan yang baru masuk ke dalam Yayasan, maka semua mereka diberi bonus biarpun belum genap setahun berkhidmat.

Menurut RESOLUSI No 129/2010, Lembaga Pengarah bersetuju memberi bonus sebanyak dua bulan gaji kepada kakitangan yang telah berkhidmat lebih setahun. Mengapa bonus sebanyak dua bulan gaji diberi sedangkan kerajaan sendiri hanya memberi bantuan sebanyak RM 500 kepada kakitangannya?

Yayasan menghentikan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS), yang ditubuhkan mmebantu anak-anak Selangor, atas alasan kerugian tetapi boleh memberi bonus kepada kakitangan dan Lembaga Pengarahnya.

Salah guna kuasa berada di mana-mana. Tapi adalah sangat menyedihkan apabila sebuah institusi yang ditubuhkan untuk tujuan kebajikan pendidikan anak-anak Selangor dijadikan mangsa ahli politik bersifat pokka atau chameleon ini.

Kita tunggu jawapan Menteri Besar De Facto Selangor, Cik Faekah Husin menegakkan benang basahnya.

ESOK: Pakatan Merompak Yayasan Selangor


Sumber : http://www.mykmu.net/?p=4096



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan:

Neutronboy berkata...

Tetapi selaku pelajar negeri selangor, kami diberi bantuan tuisyen rakyat selangor (PTRS) dan kerajaan negeri memperuntukan dana hampir 3.4 juta ringgit untuk itu. Selain itu, bagi calon2 SPM '10 yang bakal melanjutkan pelajaran dalam kelulusan Ijazah sarjana Muda, atau Diploma pula akn diberi bantuan sebanyak Rm 100o seorang di kemudiannya. Kerajaan negeri memperuntukan untuk itu hampir 7.5 juta ringgit, pula. Rasa2 nya kami tidak pula kami di pihak pelajar terabai.

Wallahua'lam.

Cari Blog Ini

Translate