Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 November 2010

Skandal Yayasan Selangor Makin Terbongkar - Pegawai Kanan Direman SPRM !



Majlis jamuan: Pegawai kanan Yayasan Selangor direman

SHAH ALAM 23 Nov. - Seorang pegawai kanan Yayasan Selangor ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan berhubung kos tidak munasabah majlis jamuan makan tengah hari sempena sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu baru- baru ini yang didakwa mencecah RM300,000.

Perintah tahanan reman selama seminggu yang bermula hari ini sehingga 29 November ini dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Khairul Nizam Abu Bakar kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Terdahulu, lelaki itu yang diarahkan bercuti selama sebulan oleh kerajaan negeri berikutan kontroversi perbelanjaan tidak munasabah untuk majlis makan tengah hari itu dibawa oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira pukul 11.45 pagi.

Semalam, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 1.35 petang oleh sekumpulan pegawai SPRM di kediamannya sebelum dibawa ke pejabatnya di tingkat 16, Pejabat Yayasan Selangor di Petaling Jaya dekat sini untuk mengambil beberapa dokumen.

Lelaki itu dikatakan ditahan berikutan pembabitannya sebagai pengerusi pengelola majlis makan tengah hari itu dan selepas pihak SPRM mempercayai terdapat unsur rasuah dalam urusan perbelanjaan majlis tersebut.

Lelaki itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Pada 14 November lalu, kerajaan negeri mengumumkan telah mengarahkan lelaki itu cuti bergaji selama sebulan kerana siasatan awal menunjukkan terdapat pembabitan pejabat beliau dalam urusan mengeluarkan kos tidak munasabah itu.

Tindakan tersebut diambil selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan isu kos tidak munasabah itu dan membatalkan keberangkatan baginda ke majlis makan tengah hari berkenaan.

Isu itu terlebih dahulu dicetuskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), Datuk Amiruddin Setro semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru- baru ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar pula mendakwa yayasan tersebut membelanjakan lebih daripada RM800,000 untuk keseluruhan majlis sambutan ulang tahunnya yang ke-40.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate