Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 November 2010

BAPAK YB Ahmad Maslan akan ajar ANAK dan BAPA Mazlan Aliman !!!


Semalam BAPAK sudah 'datang' nak ajar ANAK dan BAPA 



Sebelum ini ANAK dan BAPA sudah 'lahir' tengok  http://www.mykmu.net/ 




Mari kita tengok BAPAK dan ANAK BAPA bertembung...


Sebelum ini Suara Keadilan dah 'kecut perut' disaman Felda RM200 juta http://www.bharian.com.my/articles/FELDAsamanSuaraKeadilan/


TERKINI

 Dr Zambry MB Perak sudah menang saman RM100 juta ke atas Suara Keadilan
http://ohpolitik.blogspot.com/2010/11/zambry-menang-kes-saman-fitnah-rm100.html




nota : gambar BAPAK di atas disalin dari blog PB http://sejarahmelayu.blogspot.com/ 





FELDA saman Suara Keadilan

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
2010/06/26

Akhbar PKR didakwa fitnah organisasi muflis bankrap

KUALA LUMPUR: FELDA akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan kerana mengeluarkan artikel yang mendakwa organisasi itu bankrap.

FELDA juga akan mengambil tindakan sama terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin tertinggi PKR, PAS, Ketua Pengarang Suara Keadilan serta wartawannya kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dalam akhbar itu.

Antara pemimpin PKR termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim; Pengerusi Biro FELDA PKR Pahang, Suhaimi Said dan Timbalan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut dan pemilik permit Suara Keadilan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata penyiaran laporan bertajuk `FELDA BANGKRAP’ dalam keluaran Bil 237 bertarikh 21 hingga 29 Jun 2010 dianggap melampau kerana memudaratkan organisasi FELDA yang berusia 54 tahun.

Katanya, laporan itu jelas mahu merosakkan nama FELDA dan mencemar nama baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku menteri bertanggungjawab terhadap agensi kemajuan tanah itu.

“Tuduhan FELDA bankrap adalah keterlaluan. Selepas mendapat nasihat peguam, kita memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar ini. Kita akan saman mereka yang mengeluarkan kenyataan memfitnah FELDA. Jumlah saman belum ditentukan, tetapi mungkin mencecah ratusan juta kerana ia menjejaskan reputasi FELDA pada pelabur asing,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar FELDA, Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan Timbalannya, Suhaimi Zainudin. Sebelum itu, Ahmad menghadiri majlis bersama 22 Ketua Peneroka Wilayah seluruh negara di Dewan FELDA di sini.

Dalam laporannya, Suara Keadilan melaporkan tunai FELDA merosot hampir RM3 bilion dalam tempoh 2004 hingga 2009 dan mendapat ulasan daripada Anwar, Zaid, Dr Tan dan Suhaimi. Akhbar itu turut menyiarkan laporan projek bangunan baru Felda bernilai RM662 juta dan isu mengenai pulangan dividen kepada peneroka.

Sementara itu, Ahmad menjelaskan walaupun tunai FELDA berkurangan RM2.73 bilion daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2005, aset semasa dan aset tetap FELDA melonjak RM6.2 bilion, iaitu daripada RM9.17 bilion pada 2004 kepada RM15.37 tahun lalu.

Katanya, fakta itu tidak memberi gambaran FELDA bankrap kerana jumlah tunai berkurangan kerana dibelanjakan bagi melaksanakan pelbagai program sosioekonomi warga FELDA.

Beliau berkata, belanja utama FELDA dari 2004 hingga 2009 mengikut pecahan adalah RM2.41 bilion bagi pembangunan peneroka dan generasi baru, RM2.42 bilion (program tanam semula/sara hidup/bayaran pendahuluan hasil), RM603 juta (pinjaman pembesaran rumah tanpa riba).

Pembinaan Menara FELDA (RM662 juta), RM269 juta (program basmi kemiskinan Sabah), RM134 juta (projek perumahan warga FELDA) dan projek menaik taraf prasarana bekalan air bersih kawasan FELDA Pahang (RM220 juta).

“FELDA juga memiliki 340,126 hektar ladang yang menghasilkan keuntungan bersih RM1.1 bilion setahun selama enam tahun berturut-turut. FELDA mempunyai pelaburan di luar negara seperti Indonesia, Afrika Selatan, China, Turki, Amerika Syarikat, Kanada, Pakistan, Australia, Thailand, dan Arab Saudi,” katanya.

“Kedudukan kewangan FELDA sangat kukuh berdasarkan nisbah kewangan dan aset bersihnya sekarang berjumlah RM12.2 bilion,” katanya yang turut memaklumkan Koperasi Permodalan Felda (KPF) memberikan dividen dan bonus kepada pemegang sahamnya sebanyak 14 peratus bagi 2009.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate