Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 November 2010

Anwar mula mengamuk di Mahkamah, Nak Pecat Peguam Negara - Selepas nampak Putrajaya bertukar 'Penjara' !!!

Malaysiakini melaporkan pada sekejap tadi insiden yang berlaku di Mahkamah apabila Anwar mula bertikam lidah dengan Pendakwara.

rujuk : http://malaysiakini.com/news/148893

Laporan memberitahu :

" Anwar juga dilihat hilang sabarnya hari ini kerana telah berulang-kali dinafikan hak mendapatkan nota perubataan asal yang dibuat oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur.

"Ini sudah melampau kerana awak semua (pendakwa) cuba menyaring semua bukti,” kata Anwar.

Yusof menjawab: "Kau tidak tahu mengenai undang-undang."




Keadaan ini berlaku selepas rayuannya mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008 ditolak. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian setelah mendapati Ketua Pembangkang itu gagal memenuhi keperluan perundangan untuk membolehkan mahkamah mengarahkan pasukan pendakwaan membekalkan dokumen terbabit kepada pihak pembelaan.

rujuk : http://www.utusan.com.my/utusan/ 

 Lagi menarik apabila Karpal Singh mula mengkritik Hakim dengan mendakwa tidak memahami perundangan. Tidak pelik kerana Sultan Perak pun tidak dihormati oleh Karpal Singh maka setakat hakim dia memang tidak akan hormat atau peduli.

Malaysiakini melaporkan :

" Sebelum itu berlaku pertikaman lidah antara peguam utama pihak pembelaan Karpal Singh yang berhujah bahawa hakim gagal memahami Seksyen 45, Akta Keterangan 1950 yang mensyaratkan seseorang pakar perlu mengemukakan semua dokumen bagi menyokong semua hujah yang dikemukakan di mahkamah. "Ini keputusan Mahkamah Agung.”

Hakim Mohamad Zabidin berkata: "Bagaiaman jika dia (saksi) tidak mahu melihatnya (dokumen)?”
Karpal berkata ini tidak adil dan ini menyukarkan tugas pihak pembelaan dalam melaksanakan tugas mereka.

“Apa yang mungkin Yang Arif catatkan adalah tidak berguna kecuali ia disokong oleh data dan ia tidak berguna dengan tulisan di atas kertas itu.”

anwar karpal 200910 01"Kenapa mesti Yang Arif duduk dan terdedah kepada tidak tentu arah?” soal Karpal.

Katanya, tindakan itu bagi membantu mahkamah mendapatkan gambaran dari sudut sains.

Justeru, menurut Karpal, adalah tidak adil kepada pihak peguambela jika data yang disertakan tidak menyokong kenyataan lisan dan bercanggah dengan sistem perundangan.

"Fungsi pakar (saksi) adalah mengemukakan kepada mahkamah setiap maklumat bagi menyokong keterangan dalam terma sains agar mahkamah tidak tersilap arah," kata Karpal.

Bagaimanapun Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin mencelah mengatakan saksi layak menjawab secara lisan selain tiada desakan untuk saksi mengemukakan data.

Katanya tugas pakar patologi HKL, Dr Siew hanya untuk mengambil sampel dan mengenalpasti kecederaan dan bukan mengenalpasti data.


Dalam blog Anwar pun beliau menyerang Dr Razali rujuk http://anwaribrahimblog.com/2010/11/22/keterangan-luar-biasa-dari-dr-razali/  

dan

cuba memecat Peguam Negara dengan surat terbuka ini (rujuk http://anwaribrahimblog.com/2010/11/22/surat-terbuka-kepada-tan-sri-ismail-omar/ )



Baca juga laporan Selangor Daily bahawa kakitangan Yayasan Selangor sedang diancam http://www.selangordaily.com/?p=751



3 ulasan:

Jeepers Creepers berkata...

saya harap panglima mengubah backgroud blog sebab susah nak baca font.

Tanpa Nama berkata...

Si bohjan dah hilang sabau hari ini ala apa susah-susah buat je demostrasi jalanan lepas ini kan itu yang kau nak sebenaunya....Jangan bohjan tuo dah hilang akai kejap melonting tak tentu hala....Perjalanan period nya dah tak betul dah.....

Tanpa Nama berkata...

pawang asli dongan pawang singh takdo ko?jangan2 dah kono pocat dongan aljub???

Cari Blog Ini

Translate