Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 November 2010

1300 Ahli PKR Selangor Keluar Parti - Apa komen Azmin Ali ?



Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima satu tamparan pada hari pertama berlangsungnya Kongres Nasional parti itu apabila lebih 1,300 orang ahli di Cabang Hulu Selangor mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta.

Tindakan berkenaan berpunca daripada rasa tidak puas hati mereka dengan cara kepimpinan parti menangani kemelut pemilihan peringkat cabang itu yang didakwa dicemari dengan pelbagai unsur penipuan dan salah guna kuasa.

Bekas calon Ketua Cabang Hulu Selangor, Zahar Rusli yang mengetuai tindakan keluar parti itu berkata, pihaknya amat kesal kerana suara mereka langsung tidak didengari sekali gus memberi gambaran PKR tidak memberi keadilan kepada ahli parti sendiri.




"Kami dibodoh-bodohkan, dianggap macam tak tahu apa-apa dan tak tahu undang-undang, jangan anggap kita tiada suara dan hanya mempunyai seorang dua pengikut sahaja.

"Ramai ahli PKR Cabang Hulu Selangor sebenarnya sudah muak, mesyuarat cabang hanya mencatatkan kehadiran kira-kira 1,500 orang sahaja walaupun mempunyai 7,000 ahli manakala jumlah pemilih pada peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pula jauh lebih rendah," katanya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Zahar menganggap PKR adalah sebuah parti yang kalut dan sudah tidak relevan kerana ia mula dikuasai dinasti keluarga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila isterinya, Wan Azizah Ismail menjadi Presiden manakala anak sulungnya, Nurul Izzah menjadi Naib Presiden paling kanan.

Katanya, pengaruh Anwar sendiri semakin menyusut kerana kegagalannya menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit di peringkat cabang.

"Begitu juga dengan kerajaan negeri PKR di Selangor, hanya nampak elok pada tiga ke empat bulan pertama sahaja, kemudiannya mula menjadi kacau-bilau," katanya.

Mengenai perancangan beliau dan pengikutnya selepas ini, Zahar berkata, mereka akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) awal tahun depan untuk meneruskan agenda membantu rakyat Hulu Selangor.

Beliau tidak menolak kemungkinan NGO berkenaan akan menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai ahli bersekutu jika itu mendatangkan kebaikan yang lebih besar kepada masyarakat setempat.

Sumber : Utusan Malaysia




Baca juga kritikan pemimpin muda PKR kepada Anwar Ibrahim 


Patutlah Anuar Shari dedahkan ahli PKR hanya 15 ribu seluruh Malaysia bukan 400 ribu...

3 ulasan:

celah gelegar berkata...

pohon add link http://celahgelegar.blogspot.com

Terima kasih

usin berkata...

jom kira. 15,000 - 1,300 tinggal berapa? 12,700 jerkan!! itulah yg tinggal untuk sokong nuar... banyak tuh!!!

Dot berkata...

salam panglima,

mesti puak2 pr kata tu ahli umno yg keluar masuk balik!!!!

mohon tuan pautkan ke blog ambo:

http://antibohmau.blogspot.com

Cari Blog Ini

Translate