Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Oktober 2010

Penjelasan Hakim Kenapa Anwar Ditolak Dapatkan Keterangan Saksi Pendakwa...Mari Baca !!!

gambar hiasan


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan tiga tertuduh dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, untuk memeriksa kenyataan saksi pendakwaan sebelum bermulanya perbicaran kes itu Isnin ini. 


Hakim Mohamed Zaki Yassin menolak permohonan mereka kerana alasan tiada peruntukan dalam Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Akta Bukti yang memberi hak kepada tertuduh untuk memeriksa kenyataan yang direkod oleh polis mengikut Seskyen 112 CPC. 

Katanya, beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Husdi lwn PP (1979) MLJ 80 (Husdi No 1) bahawa kenyataan saksi adalah dokumen istimewa dan pihak pembela tidak mempunyai hak untuk mendapatkannya. 

Bagaimanapun, menurut laporan Bernama, hakim itu berkata pihak pembelaan memiliki keistimewaan, seperti yang terdapat dalam kes yang sama, untuk mendapatkan kenyataan saksi, hanya selepas saksi berkenaan memberi keterangan dalam perbicaraan bagi tujuan mencabar saksi itu. 

Perbicaraan kes ini akan disambung Isnin ini walaupun peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, yang mewakili Kpl Sirul Azhar Umar, akan mencabar keputusan hari ini di Mahkamah Rayuan. Beliau tidak memohon kepada mahkamah supaya menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan rayuan itu. 

Sirul Azhar, 35, gagal dalam permohonan rasminya bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya mengarahkan pihak pendakwaan memberi kepadanya 112 keterangan saksi, dan permohonan ini disokong oleh dua lagi tertuduh, Cif Insp Azilah Hadri, 30, serta penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda, 46. 

Ganti peguam 

Peguam Hasman Ahmad yang baru dilantik oleh Azilah untuk mewakilinya bagi menggantikan peguam Zulkefli Noordin, memberitahu mahkamah bahawa mereka menyokong permohonan Sirul Azhar. 

Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam pada 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu. 

Abdul Razak pula dituduh bersubahat dengan dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas itu melakukan kesalahan itu di Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, antara jam 9.54 pagi dan 11.05 pagi 18 Oktober tahun lalu. Ketiga-tiga mereka boleh dihukum mati sekiranya disabitkan kesalahan. 

Cebisan mayat Altantuya, yang diletupkan dengan bahan letupan, ditemui di sebuah kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam, pada 7 November tahun lalu. 

Dalam penghakiman secara lisannya, Mohamed Zaki berkata mahkamah itu tidak boleh mengguna pakai 'common law' England dan Wales yang membenarkan tertuduh memeriksa kenyataan polis kerana di Malaysia terdapat peruntukan mengenai isu itu dan di negara ini tidak terdapat ruang berhubung perbekalan dokumen. 

Oleh itu, kata Mohamed Zaki, beliau dapati tidak wujud keperluan untuk merujuk kepada kes di England dan Brunei seperti yang dicadangkan oleh peguam Kamarul Hisham apabila belia menggesa mahkamah mengguna pakai 'common law' England dan Wales mengenai pendedahan kenyataan kepada tertuduh. 

Tiada peruntukan 

"Saya tidak menjumpai sebarang peruntukan yang memberi hak kepada tertuduh untuk memeriksa kenyataan saksi. 

"Tidak kiralah sama ada saksi berkenaan berkemungkinan tidak akan memberi keterangan bagi menyokong atau menentang tertuduh. Pihak pendakwa tidak dikenakan tanggungjawab untuk memberi kenyataan saksi kepada pihak pembela. 

"Saya berpendapat bahawa adalah tidak patut bagi pihak pendakwa memberi kenyataan saksi kepada pihak pembela kerana perbuatan ini mengandungi bahaya besar ia akan diubah," katanya. 

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Kamarul Hisham berkata, beliau akan menggunakan hak mereka untuk meminta mahkamah memeriksa 112 kenyataan saksi berhubung kes itu dan sekiraya terdapat percanggahan (dengan kenyataan lisan mereka di mahkamah), maka beliau akan memohon agar kenyataan terbabit diberi kepada pihak pembelaan bagi tujuan mencabar saksi berkenaan. 

Dalam permohonannya, Sirul Azhar meminta pihak pendakwaan memberi kepadanya laporan pemeriksaan mayat, laporan kimia, laporan pergigian, laporan pemeriksaan ahli radiologi dan laporan makmal dan dibekalkan semua laporan itu, kecuali 112 kenyataan saksi yang dimaksudkan. 

Kesemua tertuduh tidak hadir di mahkamah. 



http://www.malaysiakini.com/news/67906



Berita di atas disiar untuk menolak hujah pembangkang yang cuba kaitkan persepsi negatif di atas keputusan hakim menolak rayuan Anwar mendapatkan keterangan saksi.

Memang jelas penghakiman kes di atas ada persamaan dengan kes Anwar sekarang ini.

Ternyata keadilan tetap adil walau cuba di'zalim'kan oleh sesetengah pihak yang berkepentingan.

Saya setuju Anwar menuju ke Penjara bukan Putrajaya seperti tajuk Blog Greenboc di bawah dan tindakan tidak mencalonkan Anwar seperti merestui pemergiannya ke penjara buat kali kedua...

Tidak mustahil sisa-sisa hidup Anwar akan dihabiskan di sana....


http://greenboc.blogspot.com/2010/10/anwar-semakin-hampir-ke-penjara-bukan.html

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Panglima, dlm kes Altantuya ni, adakah ianya konspirasi bg mencalarkan PM akibat dari sikap setengah org yg begitu kuat sikap cemburu, "berdendam" atau nak menjatuh PM kerana gila kuasa nak menjadi PM?

Saya tak terkejut kalau ini berlaku dlm keadaan kekecohan awal 2008 maka ada pihak cuba ambik kesempatan.

MEGAT berkata...

RENUNGAN UNTUK TUAN EMPUNYA BLOG.

HUKUMAN DARI ALLAH YANG SEADIL-ADILNYA. KEH.KEH..KEH.

Cari Blog Ini

Translate