Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Oktober 2010

Jangan Sebar Berita Ini Wahai Ahli UMNO !!! 18SX

Karim Ghani umum keluar UMNO


18/10/2010 9:58pm

KOTA KINABALU 18 Okt. - Seorang ahli politik veteran utama yang membawa UMNO masuk ke Sabah, Datuk Karim Ghani, mengumumkan beliau keluar dari parti itu hari ini.

Karim adalah antara bekas pemimpin Usno (United Sabah National Organization), termasuk Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas Usno), yang memainkan peranan membawa UMNO masuk ke Sabah pada 1990-an. 

Usno dibubarkan untuk memberi laluan kepada UMNO.

Karim berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya ke ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur dan pejabat negeri parti itu di sini, awal hari ini.

"Saya telah keluar dari UMNO berkuatkuasa serta merta hari ini. Saya tetap dengan keputusan ini dan dalam pada itu saya tidak berparti sehingga menemui parti politik yang sesuai,” katanya pada sidang akhbar di sini. - Bernama




Panglima : Jangan terkejut Karim Ghani dilihat bersama Anwar sejak 29 Ogos lalu di Kota Kinabalu dan tidak peliklah jika beliau menjadi 'galang ganti' kepada 'tsunami' politik Anwar / PKR yang semakin reput dari hari ke hari. Hingga terpaksa menjadikan Karim Ghani sebagai 'superman' baru Anwar.


Jangan lupa hari ini juga Anwar 'malu besar' ekoran permintaannya ditolak Mahkamah..Lihat laporan pembangkang dengan mudahnya disiar di sini - .http://www.freemalaysiatoday.com/


1 ulasan:

MEGAT berkata...

TAJUK YANG PALING SESUAI UNTUK ARTIKAL INI IALAH :

TEMBELANG UMNO SUDAH MULA MEMBUSUK DI SABAH.

Cari Blog Ini

Translate